5

mancing



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


anda pernah memancing ikan? pernah kan..bohong la kalau kata tak pernah memancing ikan.baidewei di kampung sekarang musim orang mencing ikan di parit..mungkin sebab air parit yang dalam menyebabkan byk ikan2 bersiar siar di dalamnya.aku tak terkecuali...

ikan ikan yang dipancing cumalah ikan puyu je pun..kalo bernasib baik dapatla ikan haruan @ keli..selalunya mancing2 ni aku malas nak korek tanah cari cacing atau berlampu neon cari cengkerik..umpan aku cume adunan tepung gandum + kunyit saja.ala macam nak buat kuih,jadikan doh..doh!!

ni la doh a.k.a umpan tu


aku pun memulakanla aktiviti mancing..betul kata orang memancing ni memerlukan kesabaran yang tinggi..kalo takde sume tu 5 minit tunggu ,takder ikan tarik kail mau bebakul bakul sumpahan.alhamdulillah kesabaran aku separa tinggi..dapatla lagi mengawal emosi.lepas 20minit tunggu punya tunggu punya tunggu aku dapat ikan sekor..yes!! gembira kemain.ku sangkakan ikan puyu rupa rupanya ikan lundu ( mungkin ada nama lain yg aku tak tau )


sekali imbas macam ikan keli mahu pun sembilang..tapi tu sekali imbasla..tapi kalo dah banyak banyak kali imbas kompom ikan lundu..bentuknya kecil cam ikan sepat.sengatannya boleh tahan sakit kalo terkena.ikan ni boleh dimakan kata mak.tapi aku cume pernah makan sekali je.lepas aku dapat tahu salah satu makanan febret ikan ni aku tobat tak makan ikan ni dah..nak tahu ikan ni makan selain makanan dia? ikan lundu ni suka makan taik!! yee taik..ok taik..diulang taik. shit omputeh kata

macam mana aku tau..hahahahaha..eksperimen pernah dilakukan waktu aku budak budak dulu.mesti korang fikir macam macam dah yer..lantakla.nanti aku kabo.kalo cite, lari la dari tajuk entry ni iaitu mancing.paham!

3 4 kali aku dapat ikan lundu ni..mana pegi ikan ikan puyu?mak aku mancing dapat plak ikan puyu,nape time aku mancing ikan ni plak dapat padahal umpan sama je.musykil ni..mak ada mentera ikan puyu ker?kebetulan kakak ipar datang menjengah

"nape guna tepung ngan kunyit,nak bagi ada bau ker?" tanya kakak

"mungkin la kot bau kunyit tu" aku dh blank tak tahu nak jwb soalan cerdik camtu

"nape tak buh garam sekali?baru ada rasa sket"

"masin nanti,ikan kene darah tinggi plak,hahahaha" aku jawab secara cerdik jua

aku pun tak tahu nape kombinasi tepung dan kunyit bleh dijadikan umpan.ni resepi dari orang dulu dulu..kalau ada sesapa yg tahu tolongla beritahu yer.kalau tepung dah dijadikan umpan.apa kata cucur jagung ker,cucur bawang ke jadikan umpan plak..agak agak dapat tak ikan.?hmmmm..esok nak try la..roti canai ker..hmm menarik untuk dieksperimenkan.



*aku syak ikan ni suka umpan tepung ngan kunyit ni bukan sebab rasa tapi kalernya sama dengan makanan febret mereka.aku syakla*

sekian..


5

hari raya aidiladha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


saya kembali bersiaran.terkejut kan?lagi sehari kita nak sambut hari raya aidiladha atau hari raya haji atau hari raya korban atau tak der atau dah.selalunya hari raya haji dikaitkan dengan orang-orang yang pegi menunaikan haji.sebut pasal haji ni mengingatkan aku pada hari mak ngn abah nak pegi haji dulu.




****skrin kabur2****




waktu tu aku baru berumur 5 tahun,tengok!betapa berdikarinya aku ..umur 5 tahun mak ngn abah g haji tinggaikan aku..aku siap hantarkan diorang g airport lagi.betapa berdikarinya aku disitu.

okeh ni part betul2 punya

sampai kat airport aku merengek nangeh-nangeh nak ikut naik kapal terbang jugak.lama jugak rasanya mak,abah kakak abg pujuk supaya aku tak ikut.macam2 tipu helah diorang gunakan tapi aku kan bijak tak termakan tipu helah diorang sume tu.keh keh keh!!

akhirnya aku terpedaya dengan tipu helah mak.yela masa kecik-kecik kita kan percaya kata-kata mak 100%.kata mak

"kalau nak ikut boleh tapi sume yang pegi ni kene cucuk dengan jarum besar kt tgn,dah cucuk baru leh naik kapal terbang"

aku bab bab cucuk atau jarum ni memang elergik.dulu laaaa sekarang dah ok dah.Oleh kerana tak mau dicucuk,aku tak dapat pegi.kiranya aku merelakan mak ngn abah naik kapal terbang tanpa aku.bagi menggembirakan aku yang bersedih ni,kakak belikan aku belon bentuk kapal terbang kale oren.

berjurai jurai ayaq mata tengok kapal terbang berlepas.sampai kat umah pun ayaq mata tak benti lagi berjurai.sedih bukan sebab mak ngn abah pegi haji tapi sedih sebab kene tinggai.aku dok kat beranda sambil peluk tiang beranda.kapal terbang belon kale oren tak lepas ditangan okey.

mata asyik tengok ke langit.yela mana nak tau ada yg mendarat nak pick up aku bawak sekali.bila ada kapal terbang lalu aku jerit

"mak ngan abah ada dalam tu!!!" sambil tangan lambai-lambai

aku rasa dalam dua tiga hari jugak aku berperangai tak senonoh tu.lepas tu aku kembali normal,kapal terbang oren entah ke mana aku campak,aku dapat terima hakikat kena tinggai,aku bermain spt kanak-kanak lain.

nak tahu sapa jaga aku waktu ketiadaan mak ngn abah?

kakak-kakak akula begilir2 jaga.kikikikii.sian diorang tapi apa nak buat.mak ngn abah dah amanah kan.

selamat hari raya aidiladha

sekian
6

......



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


i am not rich
i may not be pretty
i don't have a perfect body

But i have
a kind and warm heart
for those who care





whenever i'm hurt,i don't talk
i just wear a fake smile,tell everything is ok
even though i want to cry







Sesekali kene jugak wat entry sedih..asyik entry hepi je.buhsan tau,tak mencabar hidup


2

Raya dah dekat

tanda- tanda raya dah dekat


1- Keadaan opis semakin lengang
2- Gerai- gerai kuih,baju kurung/melayu banyak di tepi2 jalan
3- banyak orang beratur di atm machine.oh ya tak lupa dalam kaunter jugak
3- jalan-jalan kg mula penuh dengan kereta
4- lagu raya menjadi nada dering ditelefon bimbit

mungkin banyak lagi kot cume aku tak terpikir je..

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.Jika ada salah dan silap harap diberi pengampunan.Bak kata pepatah,terlajak perahu bleh diundur terlajak kata buruk padahnya.oleh kerna aku tanak kejadian " buruk padahnya" berlaku..aku minta maaf kepada semua yang mengenali diri.Yang tak kenal pun blehla campur sekali.

Kalau wat open house tu janganla lupa jemput secara email pun aku terima.

Sekain..eh sekian..
5

surat

Assalamualaikum...

Ke hadapan blog yang dikasihi,bagaimanakah keadaan anda?saya pasti anda sedang berduka lara pedih menghiris kalbu kerna sudah lama tidak diupdate.Saya juga pasti anda sedang marah dan merajuk sekarang dan terluka dengan sikap saya yang acuh tak acuh serta sambil lewa terhadap anda.Mesti anda merasakan saya tidak memahami anda.Biarlah saya jelaskan kenapa saya semakin menjauhkan diri dan kurang mengupdate anda wahai blog.Bukan niat saya..sumpah..tak terdetik disanubari nak melupakan anda apatah lagi menjauhkan diri.

Begini sebenarnya..hmmm..sejak kebelakangan ini,saya sering dihujani dengan kerja yang agak banyak dan ini menyukarkan saya untuk mengupdate anda wahai blog.disamping bos yang sentiasa lalu lalang dibelakang saya menyukarkan lagi kerja memonteng tulang saya.Harap anda faham dengan situasi saya sekarang.Selain itu,keadaan bilik pejabat yang sejuk seperti dalam peti ais ini juga menyukarkan saya.Anda nak tahu kenapa?...kerana apabila badan menjadi sejuk secara automatik jemari-jemari saya menjafi (tengok dah salah eja dah,sejuk sangat ni malas nak backspace dah) kaku dan kesukaran untuk saya menaip pada kibod yang comel ini.

Bukan jari-jemari saja yang mengkakukan diri malahan otan,eh otak ( maafkan saya ) juga turuk mengekori jejak jari jemari mengkaku jua.Dan sekali lagi secara automatiknya idea juga turut membeku.Saya tak tahu apa nak dicoretkan pada anda blog.Maafkan saya blog.Saya tahu saya bersalah telah mengabaikan anda sekian lama.Harap anda dapat memaafkan saya blog.Segala yang berlaku ini ada hikmahnya,percayalah bloh..(???..%^$$##@@!!) blog.Tak bererti saya mengabaikan anda saya tidak sayangkan anda..tidak tidak tidak..saya tetap sayangkan anda.

Sekarang anda fahamkan kenapa,saya harap dengan penjelasan ini dapat mengurangkan kedukaan dan kesedihan anda blog.Moga kita bertemu lagi nanti.Saya akan pastikan.Sekali lagi saya memohon maaf blog.

Sekian terima kasih

p/s : kenang daku dalam doamu
8

dah sampai!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

hai hai hai!!

akhirnya buku untuk orang yang malas membaca macam aku dah sampai..kecil molek je bukunye..ekekeke..i loikeee....buku yang dimaksudkan adalah buku ni


ha ha ha..buku catatan nizam sani..actually dia ni blogger sebenarnya..sampai2 umah dapat buku tu terus baca.tak sampai sengah jam dah khatam..nak tahu nape cepat beno khatam kalo baca buku ni?bukan sebab aku baca laju @ lancar seperti pembaca berita.bukan bukan bukan!!


kalau nak tahu nape aku yang malas baca buku ni leh abiskan dalam masa yg singkat,korang g la tengok blog die cmner ghupe..

ni link blog enche nizam ---> http://nizamsani.blogspot.com/

*p/s : niji,takder komisen ker tolong promote ni.penanda buku niji ke,kicen ker?ekekeke


tq enche nizam (^_^)

Sekian.

2

luahan perasaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





"huuaarrrggghhhh!!!!!"





sekian luahan perasaan aku.



2

selingan 3

dari selingan 2 dan selingan 1


hampir 2 jam kluar baru pulang ke rumah..

"broom broomm" kedengaran bunyi moto di depan

"mak!! saya dah pulang,buatkan cucuq,mudah saja tambah air,adun sebati goreng dan sedia tepung cucur mak esah lazatnyaaa"

lalu keluar mak nya sambil membetulkan kain batik..

"wah wah senangnya order-order,ape ingat ni mcd drive thru ker?"

"ko ni dari mana,sekarang baru nak balik?tadi kata kejap je"

tanpa menjawab soalan dia terus masuk ke dalam bilik..kekonon frustla tak dapat cucuq mak esah.Tiba-tiba...


teett!!..teeettt..teett..teeet!!

lantas dia membaca khidmat pesanan ringkas tersebut

"jgn lp esk,pstikn jd k"

*************

sambil menonton berita utama di tv,dia cuba membuka topik perbualan dengan maknya.kebetulan berita memaparkan kisah berkenaan penyakit barah paru-paru.lalu dia pun dengan semangatnya membentangkan hujah-hujah berkenaan penyakit tersebut meskipun subjek sains dia tak pernah lulus apatah lagi biologi..jangan mimpilaa habaq hang.

"mak"

"haaa"


"mak!"

"hmmm"


"mak!"

"ko ni nak ape yang dok mak mak mak ni,cabut gigi sat lagi kot"


"nape mak ni garang sangat,tak elok tuk kesihatan paru-paru tau"

".......??"

oleh kerana malas nak melayan kerenah anaknya,beliau bangun dan terus ke dapur masak naget.namun disudut hatinya tertanya-tanya kenapakah anaknya bertanya soalan demikian.


tiba-tiba.... (banyaknya tiba-tiba)


i want nobody nobody but you!!
i want nobody nobody but you!!



"mak!! mesej kat henpon!"




"tahu..mak tak pekak lagi!!"

sayup-sayup dari dapur..

maknya membawa semangkuk naget yang panas dari dapur lalu mencapai henpon beliau dan membaca mesej yang dihantar.maknya terdiam seketika


3 minit....


mangkuk naget masih dipegang



6 minit...





bersambung.....

*********
2

entry terpaksa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Entry ini dibuat secara terpaksa sebenarnya kerana aku ketandusan idea nak buat entry baru.dan aku merasa 'ketidakselesaan' tengok blog ku ini dibiarkan begitu saja.hmm tengok aku dah tak tau nak tulis pe..

mungkin semenjak bekerja di tempat baru ni idea tu tak datang melimpah ruah seperti sebelumnya.cee cee!!!nak salahkan tempat plak..

ok

sekian.
10

cuti yang AGAK lama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Apa kabar saudara dan saudari..diharap sehat2 hendaknya..sudah lama tidak bersua tulisan kan?(pejadah cm surat tidak rasmi budak darjah 4M sekolah *******)

okay

dah lama aku tak update blog tapi tapi tapi tapi..tak bermakna aku tak tengok langsung blog ni mahupun blog2 orang lain kayyyy.blog orang lain aku baca jugak.ye ye sama2 kasih(aku andaikan korang ucap terima kasih)

Minggu lepas sepatutnya aku kene g kursus selama seminggu.tpi oleh kerana sesuatu kejadian telah berlaku pada hari Ahad,aku tidak dpt menghadirkan diri ke kursus berkenaan.aku telah sahkan diri aku demam pada hari itu.Patutla hari sabtu tu aku rasa nak maki semua orang/binatang disebabkan ketidakupayaan badan.

Mak aku call abg aku suruh balik tengok keadaan aku,takut kene denggi katenya.Abg aku pun dgn penuh bergaya balik dgn membawa 'jarum2 hikmat' dan 3botol air.

"Nak masuk ayaq dak?" tanya abg aku

"tak payahla,mls tul nak cucuk2 ni" bisik hati aku je.

"Masuk ayaq la,ada jugak tenaga". mak aku memberi pendapat a.k.a perintah

T_T

Abg aku pun cucuk tgn kiri.tup tup plak air tak masuk.cabut balik jarum

"kita try tgn kanan plak".kata abg aku

waaaaa! bleh plak try2..kalo tak bleh nk try kt mn plak.Cucuk blah kanan..Alhamdulillah air masuk.Dan petang itu aku rasa mcm dok spital je.ramai betul org2 kg (makcik2) dtg melawat.waa popular jugak aku ni yer.mgkin sebb aku ni sopan santun dan murah senyuman agaknya.*pengsan + hidung berdarah*

sangkut kat paku tingkap saje.curlazz

Dan petang itu jugak mak aku menjalani 'kursus kemisian' secara singkat dari abg aku.cara nak tukaq botol ayaq dan mencabut wayar dari tgn aku.petang itu berlalu dgn tenang dan damai.

Jam 9.00 malam,masa untuk menukar botol air yg ke3.misi cucuk botol ke3 dgn bantuan aku sekali.semua dah ok tpi air dlm botol tak mengalir..dan wayar kat tangan aku dah mula berdarah sebb air tak jalan.misi dah kelam kabut dah.aku lgila kalut darah kluar kt wayar dgn jayanya.Last2 keadaan kembali tenang setelah air mengalir lancar.

Jam 1 pagi,acara mencabut wayar dari tgn..misi dgn pantas mencabut botol terakhir.aku plak terkial kial cabut plaster kat tgn,kuat beno plasternya..byk plak tu.sambil dibantu misi yg baru jg dr tido.sedang terkial-kial nak cabut plaster sekali lagi darah kuar kat wayar.gelabah lagi misi.setelah bertungkus lumus akhirnya berjaya cabut wayar.Alhamdulillah..bunyi2 cengkerik kembali kedengaran memecah kesunyian malam.

Hari selasa pegi klinik cek darah & doktor sahkan tiada denggi.Fuuhh!!selamat.

"jangan kompiden sgt,denggi ni suka main acah2 ngn org,dia lambat serang"
kata abg aku.saja nak gertak aku la tu

Alhamdulillah,aku kembali bekerja hari Khamis w/pun masih pening2 kepala.rajin katekan memang takleh wtpe dah.tup tup hari jumaat nahhhh!!ambik kau..tangan merah2 penuh,kaki bintik2 merah..udah dibilangin aku tak caya..aku tak bagi tau pun kat abg,ala kalau bg tahu pun bukan ada ubat kan denggi..minum air handred pelas bebanyak je.makan ubat..Alhamdulillah hari Selasa dah kurang merah2.

Sampaila ke hari ini keadaan kembali menjadi sediakala dgn burung2 bersorakan kegembiraan,cengkerik bersahutan dimalam hari dan kucing berkejaran sesama sendiri.

Sekian
10

'forever ever town'

Assalamualaikum dan salam sejahtera

seperti yang sedia maklum,sekarang ni aku tidak lagi menetap di ipoh tp telah berubah haluan ke forever town @pekan selama bahasa mudahnya.

2 minggu yg pertama aku menumpg di rumah sepupu.pd minggu y ke-3 aku dh dpt umh sewa dan menetap d situ sehinggalah saat ini.sumpah aku lost kat pekan ni..antaranya

-aku hanya tau beli makan kt SATU kdai
-aku hanya tau topup kt SATU kedai saje y kalo bejalan kaki leh memusnahkn 1/2 kg lemak d bdn

T_T

aktiviti harian(isnin-jumaat)
8.00pg-5.00ptg bkerja dgn rjin
5.00-8.00mlm di rumah berehat,(mandi baring baring baring dan baring smpai bosn)
8.00-11mlm tengok tv,makan,tgk tv balik,tgk hp,msg dgn sume org,tgk tv semula,sembang dgn dinding
11.00 iron baju ,baring baring baring smpai ngntuk
12.00 tidur dgn jayanya

T_T

dahla aku ni jenis pemalu n pndiam.lagi be++++ pndiam la jwbnye kalo dok sini..'sigh'

takpela demi mencari sesuap nasi dan rezeki.aku redha.

sekian
4

taraaaa!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

hai hai..bersiaran dari lokasi baru..meja baru..dan pc baru..hohohoho.. dah 12hari aku di tempat kerja..so far so good la setakat ni..Alhamdulillah..moga berjalan lancar hendaknya sampai bila2..


Rumah pun aku dah bertukar yakni bukan lg di rumah sepupu tetapi di rumah sewa sendri..sekarang ni tengah menanti my "sparrow" dgn penuh sabar..ekekekee.keputusan samada hendak berulang @ tak dari pt buntar ke 'forever town' akan dputus kan kelak.InsyaAllah. tengah mengumpul & menganalisis semua pendapat2.barula senang nk wt keputusan khennn???


Sekian saja tuk kali ini..
12

baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mulai 21 March 2011 aku berhadapan dengan perkara-perkara baru

1- tempat BARU

2- rumah BARU

3- kerja BARU

4- kawan BARU

5- suasana BARU

banyakla benda baru bakal menanti nanti..

Mudah-mudahan dipermudahkan dan disenangkan segala urusan.
dalam masa seminggu ni serabut kepala hotak pikir macam2.Arrghhhh!!!!!..
Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidupku di dunia dan akhirat...AMIN..




Sekian.

5

terima kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

entry khas buat Azren neh..(harus kembang kempis hidung ni)

hahahaha..semalam tengah syok sembang ngn bos ada posmen datang anta barang.Auntie call cakap ada barang tak tahu sape punya.dia suruh aku turun tengok.dalam hati dah dapat detect dah ni mesti brgn iteww la tu.aku pun turun sepantas marion jones,melompat ibarat zaki sadri.

sampai je kat kaunter,brader posmen tu tunjuk bungkusan,

"betul ke?" tanya beliau

"u punya package ke ni?" auntie plak menyampuk

"aha betul la tu." jawabku sambil tersenyum

dalam hati " patut la auntie kompius barang sapa hahahaha"

letak nama glemer.hahahaha


Naik atas terus buka.wahhhhhh!!! suke suke suke..TQSM Az..siap ada kad lagi.kad yg aku kategorikan sebagai terbaekk lah..

kan?..terbaekk betulla,adik giteww.awww

Thank you Az for the present..very very very like it.




2

masalah 1

Surat Pertama
Dear blogger,


kawan-kawan saya selalu ejek2 saya,tpi ejekan mereka sekadar gurauan sahaja pd mereka tpi tidak pada saya.msalah saya sekarang,sy ni susah nak marah2@maki.selalunya saya hanya balas dgn senyuman saja.tpi makin lame makin bedarah rasa hati ni.bagaimanakah caranya sy nk meluahkan rasa isi hati marah sy ni pd mereka supaya mereka fhm yang saya tak suka.tpi dalam masa yg sama saya tak nak mereka benci pada saya.

sekian dr yang bermasalah

JAWAPAN : oh saya selalu ditanya soalan-soalan sebegini.anda seorang yg bagus kerna mempunyai sikap susah nak marah..sakit darah tinggi pun tak datang.begini,ape yg perlu anda lakukan adalah
1) bila mereka mengejek anda terus tampar pp mereka,lepas tu kata "lawak la korang bergurau,sukanya akuuuuu!!!oh aku gurau2 je tampo ko.hihihi"
2)bila ada yg tarik muka, anda tampo2 lagi sambil ckp plak "wei aku gurau jela.jgnla masam2 muka,cube senyum cam aku ni ha....heeeee"

bila ada tindak balas dari mereka seperti "gurau ape tampo2 ni,sakit tau tak..agak2la nk bergurau pun!!"

ahaaaaaa!!! masalah inilah anda memberikan serangan balas yang jitu..okay?faham?

Surat kedua

Dear blogger

saya ada masalah ni,duit ptptn saya masih blum masuk.duit yang mak saya bagi dah nak abis..saya takut nak mintak lagi nnt mak marah.mcm maner caranya saya nak mintak duit dari mak tpi mak tak boleh marah saya.

dari yang kesempitan duit

JAWAPAN : senang saja.anda suruh orang lain mintak kan bagi pihak anda tanpa menyebut nama anda..orang lain yg dimaksudkan adalah spt kakak,abang,adik,sepupu,ayah,anak sedara,bestfren mak @ sape2 saje yang kenal mak anda dan baik dgn mak anda.syaratnya cuma mereka2 ini tidak bleh menyebut nama anda.okay?

Surat ketiga

Dear blogger

saya ada masalah tapi saya tak tahu cmner nk selesaikan masalah saya ni.nk ceritakan masalah tu pun saya tak tahu.mcm maner tu?

dari yg bermasalah

JAWAPAN : jangan cari masalah.okay? so takdela bende nak cite


Surat-surat yang lain akan dibaca & dijawab oleh cik blogger pada masa akan datang yer.

sekian.



2

selingan 2

Dari selingan 1


"pegi kedai jap beli ajinamoto!!"

"tadi kan baru je g kedai,wtpe nak g kedai byk2 kali"

"tak pasan ajinamoto dh abis,nah duit g beli"

"tu jeke?cepat nak beli ape lg?..takder la 2 3x g" sambil merembat duit di atas meja

"tu jee" suara sayup2 di dapur

mengayuhlah basikal menuju ke kedai.dengan muka yang manis dan cute secara tidak ikhlas dia pun membeli ajinamoto dan pulang ke rumah.

"ni ajinamotonya ngn duit balance" meletakkannya di atas meja makan.

lalu masuk ke bilik dan merebahkan badan ke katil dalam cubaan untuk melelapkan mata.selepas beberapa saat memejamkan mata.....









"teett tettt!!!teett teettt!!"

dengan perasaan marah dan menyumpah-nyumpah dalam hati mengambil telefon bimbit dan menekan 'read now'.



keadaan sunyi seketika....


"mak,kunci moto mana?nak g pekan jap"

"kat tiang dekat pintu tu,watpe g pekan tengahari2 memancor mancor ni?"

"ade laaaaa" sambil mengangkat-ngangkat kedua-dua kening.

"belikan topup rm30,dah abis kredit mak"

"okay"


start enjin moto honda 70,lalu beredar dengan sopan santun

********
5

kenduri kahwen +holiday

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Perancangan tuk bulan March ni sedang dibuat.kakak ngn abg dah siap booking hotel,mak plak kata nak dok umah kakak.maksu,kakk sedara,sepupu dok umah sepupu.

aku mulanya nk bookingkan homestay tuk mak & geng supaya senang nak berehat dan mandi tpi homestay tu dh ada orang booking plak.sian plak kat umah kenduri tu confirm ramai orang dan sesak.aku mungkin akn menginap di rumah kakak di s.alam

kenduri pada 13hb march 2011.bukan aku kawen yer..anak sedara aku yg kawen.terlajak ke sana a.k.a KL,aku rasa nak berholiday terus la lajak cuti sampai selasa@rabu(masih dlm plan) tapi ke mana yaaa???hmmmm...(cer kome bagi idea)

abang n family juga mak mgkin nak jln2 area KL je..aku rasa macm nak lajak ke Melaka jeeeee.tpi adakah cdgn aku ni akan diterima mereka..kalau diorg tak nak,tak kanla nk holiday sorang2 kat melaka..oh sungguh mustahil.sgt mustahil.

Jomm sape2 yg baik hati lagi budiman,jujur,ikhlas,pemurah meh temankan aku g melaka.hahahaha.teringin beno nak prasan jadi puteri hang lipo@tun teja sekejap.T_T
6

sharing is caring

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

dgar sini orang2 kampung!!!(dgn nada bergema-gema)ada pengumuman hendak dibuat di sini..sila ambil perhatian..perhatian..perhatian!!..

Sesiapa ada menjumpai anjing ini sila hubungi di nombor yg tertera
016-5160106/016-5997365(kalau tak nampak kat gambo)


Anyway aku terjumpa poster ni lama dah tpi tampal kt seberang jalan,jauh plak nk g tgk,mls melintas.tup tup semalam dah ada tampal kat seberang sini.so bleh la aku amati dgn penuh kusyuk..untuk menyenangkan kerja tangkap je gambo..kat rumah pun bleh amati lagi.anjing ni hilang kat area taman ni kat ipoh.tak payah la nak berusaha nak cari kat taman2 kat penang ke pahang ker.tapi tak tahu plak kalau anjing tu merantau sampai ke situ.Tgkla reward sapa yg jumpa,RM1000 kot..banyakkkkkk tu..leh bayar sewa umah,bil2,loan mara,loan ptptn,loan along,loan kwn2,shoping baju..(*_*)

tapi tu tak penting sgt pun,nak menolong je(yeke??kne rasuk ke ape ms naip ni).masa aku snap gmbo ni ada 3 org gadis tertengok n snyum2.andaian aku

Prasangka buruk

Gadis 1 : psst!!tengok pempuan tu,tangkap gambo ape kt tiang lektrik tu?
Gadis 2 : tgkap gmba poster la,aku rasa br beli hp kot saje nak test camera fon tu,cerah ke x?
Gadis 3 : Tengah batak la tu dgn hp.kalo aku takdela nak tgkap bende2 cmtu.hahaha(ketawa kecil)

Prasangka baik

Gadis 1 : Psst!!tengok perempuan tu,tangkap gambo ape kt tiang lektrik tu?
Gadis 2 : tangkap gambo poster la,ada la tu kot maklumat dia nak simpan.
Gadis 3 : a'ah mungkin kawan dia suruh snap pastu anta mms.hahaha(ketawa kecil)


Hanya Tuhan yang tahu..So,sesape ada terjumpe anjing ni di sekitar ipoh silala berhubung dgn no berkenaan..kalau dpt reward tu jgnla lupakan sayeeeeeeeeeee,banje domino piza pun takpe.

Sekian

2

sepetang di eco park

Tarikh : 30 Januari 2011
Masa kejadian : Petang

Bermulala rombangan lawatan 130(terdiri drpd aku & 3 org kwn aku) ke eco park atau lebih dikenali dgn nama Taman Botani.konon2nya nak berpiknik di situ.sebelum ke eco park destinasi menuju ke Giant terlebih dahulu untuk membeli roti dan aiskrim serta berwindow shoping.

kat Giant pun sempat snap 3 4 gambo(mereka yer bukan aku..mereka.hahaha)

pum pang pum pang..tak sedo jam dah kul6,mgkin terlupa niat nak ke eco park.keluar Giant terus ke situ.Oh ya..eco park ni buka sampai kul7 mlm je..sebb tu kene lekaih,kalo lambat dapat tgk pago eco park jela jawabnya.

Alhamdulillah kami sampai dalam kul6.15 cmtu sempatla nak masuk ke eco park DAN sempat la nak bergambar smbil menikmati keindahan taman botani tu.


klik! sana klik! sini(melambangkan bunyi kamera) sampai lupa niat nak berpiknik.roti & aiskrim ditinggalkan berduaan di dlm kereta.Punyala eksaited nak bergambo..kawan2 aku je.aku takkkkkkk!!aku jadi tukang ambik gambo je.tepat kul7 mlm siren ambulan bunyi,tandanya suruh sume keluar dr situ.

kan dah kabo aku tukang ambik gambo je


nasib roti dan aiskrim td tamat bila sampai di rumah.





0

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ni 12 RabiulAwal 1432,adalah kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,adalah baik jika pada hari ini diperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah.

tetapi

jangan hnya pada hari ini saja yer..hari2 lain pun kita berselawat ke atas Rasulullah.Semoga hidup kita akan lebih diberkati.

aku suka dengar lagu Rasulullah nyanyian Hijjaz ni..

















result

keputusan dah keluar..aku tak nak cakap banyak



pandai2 la nak tengok cmner



balik nanti nak tenangkan hati dalam lemari baju T_T.sila jgn sms/komen/anta surat/telegram/poskad/post kat wall ucap takziah,aku simbah cat(ala2 gengster along) kat blog/hp/fb korang.





muhasabah tuk diri sendiri


''jika Allah makbulkan doa kita,Allah sayangkan kita,
jika Allah lambat makbulkan doa kita, Allah sedang menguji kita,
jika Allah tidak memakbulkan doa kita,Allah sedang mengatur yang TERBAIK untuk kita"











0

dag dig dug..di dalam dadaaaa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

seperti dlm entry aku kat SINI

harini adalah hari keputusan t/duga aku,perasaan la ni tak tau nak habaq cmna..bercampur2 takut,berdebar,gementar dan lain2 w/pun jawatan tersebut sekadar watak tambahan je kalau dlm drama.tapi aku tetap berdebar debar.

sampai2 opis wat keje sket2..lepas tu terus cek result.seperti biasa la kalau nak masuk laman sesawang kerajaan ni blehla g tido dlm 5-10minit dulu.bila dah berjaya masuk ape lagi cekla result.

yeayy!! T_T (sila berdiri dan tepuk tangan)

keputusannya adalah


























jeng jeng jeng!!!...


































maaf kualiti gambar sgtla teruk.sila klik pd yg rabun


Harini bukan 14hb ke???

kata-kata semangat : sabar itu separuh dari iman..T_T



3

menu bila keseorangan di rumah

Ciss semua orang nak keluar ker?g dating memasing..

"duk umah elok2 yer kak ekane"

ciss lagi..g la korang keluar.leh aku makan sorang2 arini.hahahaha(gelak tenangkan hati).Memasakla aku sorang2 di dapur.pum pang pum pang..ketuk kuali bia satu lorong dgar.

buka volume tv sampai dengar kat dapo,dgrla seketul2 ape yg pembaca berita tu cakap.

pum pang pum pang pum pang!! akhirnya siap dua resepi berkasih tuk aku makan

aku sengaja telengkan gambo ni.tahu tak? sengajeee

Menu "sambal ikan bilis ekane style" dan "telur hancur masak kicap free style".yee memang aku sengajee tambah nama menu tu supaya bila sape2 komplen spt lain la rasa,apsal lain macam,sedap macam...so aku lehla jawab sebab tula nama dia ekane style@ free style.bleh?kukuh tak alasan aku..?


0

Valentine's Day

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

kebanyakannya dah tahu dah valentine's day tu ape,hari kekasih@hari memperingati kekasih dalam bahasa ibunda kita.DAN kebnyakannya pn dah tahu orang2 Islam tak sambut hari kekasih ni malahan tak dibenarkan menyambut hari belentain ni kerna bercanggah dgn ajaran Islam.yang bukan Islam diorg nak sambut biorkan la.

Did you know?

Valentine's Day started in the time of the Roman Empire. In ancient Rome, February 14th was a holiday to honour Juno. Juno was the Queen of the Roman Gods and Goddesses. The Romans also knew her as the Goddess of women and marriage. The following day, February 15th, began the Feast of Lupercalia(upacara membuang unsur2 jahat dlm sesuatu kwsn dgn mengorbankan kambing)


The lives of young boys and girls were strictly separate. However, one of the customs of the young people was name drawing. On the eve of the festival of Lupercalia the names of Roman girls were written on slips of paper and placed into jars. Each young man would draw a girl's name from the jar and would then be partners for the duration of the festival with the girl whom he chose. Sometimes the pairing of the children lasted an entire year, and often, they would fall in love and would later marry.


Under the rule of Emperor Claudius II Rome was involved in many bloody and unpopular campaigns. Claudius the Cruel was having a difficult time getting soldiers to join his military leagues. 'He believed that the reason was that roman men did not want to leave their loves or families'. As a result, Claudius cancelled all marriages and engagements in Rome. The good Saint Valentine was a priest at Rome in the days of Claudius II. He and Saint Marius aided the Christian martyrs and secretly married couples, and for this kind deed Saint Valentine was apprehended and dragged before the Prefect of Rome, who condemned him to be beaten to death with clubs and to have his head cut off. He suffered martyrdom on the 14th day of February, about the year 270. At that time it was the custom in Rome, a very ancient custom, indeed, to celebrate in the month of February the Lupercalia, feasts in honour of a heathen god. On these occasions, amidst a variety of pagan ceremonies, the names of young women were placed in a box, from which they were drawn by the men as chance directed.


The pastors of the early Christian Church in Rome endeavoured to do away with the pagan element in these feasts by substituting the names of saints for those of maidens. And as the Lupercalia began about the middle of February, the pastors appear to have chosen Saint Valentine's Day for the celebration of this new feaSt. So it seems that the custom of young men choosing maidens for valentines, or saints as patrons for the coming year, arose in this way.

Jadinya sambutan belentain dei ni ada kesinambungan dgn Feast of Lupercalia yg disambut pd mlm belentain dey,so masih nak sambut belentain dey ni ker?tak payahla.Dalam kuthbah Jumaat arini pun dah gi tahu

"Secara kebetulan, tarikh Maulidur Rasul tahun ini jatuh beriringan dengan Hari Valentine yang diraikan oleh orang Barat pada 14 Febuari setiap tahun. Namun, umat Islam wajib menghindari diri masing-masing daripada terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan perayaan Hari Valentine kerana perayaan itu membawa unsur yang merosakkan akidah dan akhlak umat Islam, khususnya golongan muda. Tambahan pula Rasulullah SAW melarang kita daripada meniru amalan bukan dari ajaran Islam sebagaimana sabda baginda yang bermaksud: "Siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka." (HR. Abu Daud, Ahmad dan lain-lain).

Oleh hal yang demikian, lupakan dan sisihkan sama sekali Hari Valentine dari laman hati, ingatan dan fikiran supaya tidak menjadi sebahagian daripada mereka yang sesat dan rugi. Sebaliknya, suburi dan teguhkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dengan cara mematuhi segala ajaran al-Quran dan sunnahnya. Syukurilah dan kenangilah segala pengorbanan serta perjuangan baginda menyibar risalah Islam dengan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW sebagaimana dianjurkan oleh Allah SWT "


Dari sambut belentain dey lebih bagus kita sambut Maulidur Rasul,tak dapat join berarak pun takpe cukupla dgn bykkan berselawat ke atas Rasulullah dan membaca Al-Quran.ye dak?

Sumber : dari pakcik google




6

escape games maniac

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

hahaha,kegilaan,kebosanan,kebow-ringan melanda idupku.demi untuk mengisi masa lapang dengan bende2 berfaedah aku bermain game yakni ESCAPE GAMES.selain dapt mengisi masa lapang ianya jg dapat mengeksesaiskan otak @fikiran.aku dah gila main escape games ni.lepas satu satu,lepas tu satu satu.al maklumla byk game nye.


gitulah game tu,game yang menguji kepintaran dan ketajaman akal fikiran cara nak melepaskan diri.yola dah nama pun 'escape games' kan.kadang2 berjaya main game ni kadang tak berjaya sebab tensen tak dapat nak kluar.

ni la contoh yg membuatkn tensen,tak dapat kluar sebb brg yg nak diambil tak dapat
so mission uncomplished hat ni


Tapi kadang2 je aku tak berjaya(ade unsur2 riak & angkuh di situ)hahahaha.ade jugak aku berjaya keluar
berjaya!!

tapi jika anda hilang tumpuan,blank,mati kutu dh nak pikir disediakan walkthrough@komen2 dari player2 lain.dapatla sket hint.aku selalunya tengok kat situ tuk dapatkan hint

bukannya malas nak pikir okay tapi dah tak leh pikir dah,buntu bak kate Metzbujang dalam ENTRINYA "i'm not stupid , i just dont want to use my brain" hahahaha

So kalau anda berasa bosan tensen dan bow-ring hehehe,bleh la try main game ni,nescaya anda mungkin akan menjadi lebih tensen lagi hahahah..tapi games ni mengajar dan melatih kita erti kesabaran.betul siyess!!

Credit to escape games : http://www.escapegames24.com/

oh ya hampir terlupa plak.arini sebeday si Berto ,oleh itu aku nak ucapkan

Selamat Hari Tua tuk Berto moga panjang umo n murah rezeki.amin..


8 hari awal dari tarikh aku dilahirkn.
2

bunyi motor

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Argghhhhhhhhh!!! stress,tensen..emosi terganggu,aku tak dapat wt keje kalau cm gini(sambil menggenggam penumbuk).Kalau ikutkan hati mau saja dibom bengkel tu.bising yang amat.terganggu perasaan aku yg sediakala terganggu.huh!!Dok pres moto kuat2 tiap2 hari pasaipa,rasa nak tercabut gegendang telinga.huh lagi!!

Semua bengkel moto wajib melakukan perkara sedemikian ker?termaktub dlm peraturan membuka bengkel.aku amati bunyi moto yg sama tiap2 hari,bengek(tengok dh salah taip tekanan perasaan punya pasal).bengkel2 lain takder pun press moto sekuat mungkin,press ala2 kadar saja.. ker memang kene pres minyak moto tu kuat2 aku je yang naif tak tahu prinsip2 membaiki moto.arghhh!! ape pun bunyi moto tu menyakitkan hati dan perasaan aku yang sensitip ni T_T,hahahaha.

Sebut pasal bunyi moto teringat dolo-dolo masa umo 7-10thn,suka naik basikal yg boleh bunyi moto.buatan sendiri tau.nak tau camner cara-cara membuatnya?okay begini

Bahan-bahan

basikal dan pelepah buluh(aku tibai je nama ni)

cara membuatnya

ambil 'pelepah buluh' di pokok buluh,tepulang pd citarasa samada nak buang miang buluh @ tak


kemudian lipatkan dua 'pelepah buluh' secara lebar jangan memnjg
(takut nnt tak muat nak msuk rim basikal)



sesudah dilipat,masuk 'pelepah buluh tu diantara roda bsikal dan tempat rantai basikal
(harus letakkan diroda belakang yer) spt pada anak panah menunjuk arah ke bawah pd gambarajah di atas.
senang cite selit antara besi kaler biru dgn penutup rantai(kale itam)



Tara!!siapla basikal berbunyi moto.bolehlah anda memulakan kayuhan,akan kluar bunyi seperti moto Honda Cup 70 mata bulat.syarat menaiki basikal berbunyi moto ni adalah anda tidak boleh berundur kerna ia akan mengakibatkan 'pelepah buluh' terkluar@jatuh

Ada basikal?ada buluh di rumah?boleh la cuba.gerenti sume akan memandang anda.memandang dgn perspektif yg berbeza-beza

Peace (^_^) sekian
2

selingan 1

keadaan di luar hujan sepoi-sepoi bahasa,seperti hatinya yang sepoi2 bahasa jua.perasaan bercampur aduk dikala ini.malahan kamus dewan bahasa juga tidak mampu untuk mentafsir isi hatinya itu.mengambil sehelai kertas recycle lalu ditulisnya beberapa perkataan yang barangkali menggambarkan isi hatinya yang tidak bergambar itu.antara yang ditulis

Biasanya aku lelap tidur...
terbangun 'tuk fikirkan diri mu
mengenangmu yang kini telah jauh

Biasanya aku tenang tidur
terbuaiku mengingat dirimu
mencintamu namun kau terlalu jauh

Kucuba lupakan dirimu
mengingatmu hancurkan hatiku

Dahulu seia sekata,
namun kini semua telah berlalu

Sayang kuingatkan dirimu....
bahawa ku tak bisa hidup tanpamu

oh rupanya sebuah lirik lagu.bukanlah coretan isi hatinya.mgkin terdapat maksud tersirat disebalik lirik tersebut yang berkaitan dengan isi hatinya.bila diamati dengan lebih jelas terdapat nota ibujarikaki di sudut sebelah kiri kertas recycle berkenaan yang berbunyi


jika Allah makbulkan doa kita,Allah sayangkan kita,
jika Allah lambat makbulkan doa kita, Allah sedang menguji kita,
jika Allah tidak memakbulkan doa kita,Allah sedang mengatur yang TERBAIK untuk kita

Coretan dikertas recycle berakhir di situ kerana blackout.



3

drama dan lagu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sekarang ni sume drama2 kat tv mesti ada satu@dua@tiga @ lebih lagu soundtrack tuk cerita tu.memang ada kimia la,bila orang nyanyi lagu tu mesti ada yg akan cakap

"ni mesti kau tgk cerita bla bla bla kan?"

betapa pentingnya lagu dlm drama,selain dpt membawa penuntun menjiwai cerita dgn penuh kefeelan(tetiba feling pengarah plak).DAN lagu tersebut akan digemari.Antaranya

drama Hani
lagu dari 6th sense - cinta matiku
(aku suka muzik lgu ni tmbh2 part gitar)

drama dia bukan maryam
lagu dari hafiz - noktah cinta

drama ayoub
lagu dari 6th sense - sepi


drama asmara
lagu dr 6th sense - menyesal
(byk tul lagu kump ni)

drama trilogi cinta
(aku pn tak thu cmner aku leh layan cite lembab cm ni)
lagu dari dato' ct nurhaliza & KD - dalam diamku & tanpamu<-tgh gile lgu ni
julfekar - melakar rindu


ni la drama2 yg tgh hot skrg,drama ayoub ngn asmara tu dah abis.cerita ni sume aku tengok
(tu maksud tersirat sebenrnya).muahahaha nasibla takder ape2 aktibiti mlm tgk tibila kojenye.

anda begitu juakah??tak? ermm takpelah..tapi drama criminal mind,CSI,merlin,supernatural,ghost whisperer masih lagi aku layan.so takderla jiwang karat cintan cintun sgt kan..ha ha ha tapi lagu2 dlm drama2 holiwud ni takder plak aku minat.pasaipa yer?ape pun layan lagu yg aku tgh suka wt ms skrg


touching kot T_T(jom touching berjemaah)
tak ndak?takpela aku touching sorang2
5

february oh february

hahaha bulan february menjelma lagi..eh lupa nak bagi salam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

hari ini tanggal 1 february 2011,bulan yang ditunggu oleh gue.


aku dah siap bulatkan@petakkan tarikh2 penting tuk bulan february.ofkos la penting,hari kelahiran aku ke dunia ini.aku dah petakkan kat 18hb,pada sesiapa yg tak tahu.hahaha.oh ya kalau anda amati 14hb pun aku bulatkan,pasaipa?cer teke cer teke...teeettttt!!! salah,aku tahu korang nak cakap valentine kan?kan?kan?aku tak sambut valentine2 a.k.a hari kekasih ni.takder pekdah ok

sebenarnya 14hb tu adalah hari pengumuman keputusan temuduga aku.dup dap dup dap jantung.harap2 adalah rezeki aku,andai kata ader rezeki aku,tula hadiah besday paling bermakna T_T n aku akn banje korang.tak caya??siyes aku banje kfc.syaratnya kene ada di ipoh 1jam selepas keputusan interview kuar.selepas 1jam, pelawaan utk blanje akan ditutup.kalau result kuar kul 2ptg,korang kene ada di ipoh antara jam 2-3 ptg.lepas 3 ptg babai la.amacam??bleh?HA HA HA HA(gelak jahat)


btw esok aku keje half day..hoorayy!! coti sampai ahad.marilah kita membalikkan diri ke kampung.

SELAMAT TAHUN BARU CINA BUAT UNCLE & AUNTY

p/s : pegi china jgn lupa belikan saya keychain yer..peace (^_^)

Sekian


5

hobi beliau

aku tengok tv,dia pun kalut nak tengok tv.aku nk tgk kartun dia lg kalut nak tgk jugak.kendian aku beralih arah tengok kartun kat laptop plak.dia pun turut serta kalut.

hoihh!!..tgk tv sudahla.amboi amboi amboi.buruk beno pangai.ngikut sape agaknya.wtla keje berpekdah sket seperti tangkap tikus ke,cicak ker,gigit2 rumput ker.suka betul kamu tengok tv yer

rancangan tanyalah ustaz tu tau
kat laptop pun layan.his fav 'oggy'








haih..kucing kucing..

dah penat tgk tv..sambung tido
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top