5

page 5 from 366

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

*entry tahun baru yang urban*

dah taon dua ribu doblas yer..x pasan pn..aqu ngat bulan doblas pun tak abis laie.pejam celiq pejam celiq dh abes 2011.skejap je kan.aqu harap taon ni taon y bez.dh normal kalo taon bawu jew mesti ade azam bawu.hmmm azam aqu taon ni ape ek? jap nak piqir...

aqu rasa taon ni nak kurank kan maqan.ecehh x bleh blah dowh azam..!!

nak jaohkan perbuatan lagha2 ni..puiii!!!..*hoiii aku siyess la*

DAN ...ehemm ehemmmm ehemmm..

moga taon ni taon yg barakah..amin..


seqian..



*aku ambik masa hampir 45minit taip entry pendek cm gini..teruknya T_T*
3

mancing



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


anda pernah memancing ikan? pernah kan..bohong la kalau kata tak pernah memancing ikan.baidewei di kampung sekarang musim orang mencing ikan di parit..mungkin sebab air parit yang dalam menyebabkan byk ikan2 bersiar siar di dalamnya.aku tak terkecuali...

ikan ikan yang dipancing cumalah ikan puyu je pun..kalo bernasib baik dapatla ikan haruan @ keli..selalunya mancing2 ni aku malas nak korek tanah cari cacing atau berlampu neon cari cengkerik..umpan aku cume adunan tepung gandum + kunyit saja.ala macam nak buat kuih,jadikan doh..doh!!

ni la doh a.k.a umpan tu


aku pun memulakanla aktiviti mancing..betul kata orang memancing ni memerlukan kesabaran yang tinggi..kalo takde sume tu 5 minit tunggu ,takder ikan tarik kail mau bebakul bakul sumpahan.alhamdulillah kesabaran aku separa tinggi..dapatla lagi mengawal emosi.lepas 20minit tunggu punya tunggu punya tunggu aku dapat ikan sekor..yes!! gembira kemain.ku sangkakan ikan puyu rupa rupanya ikan lundu ( mungkin ada nama lain yg aku tak tau )


sekali imbas macam ikan keli mahu pun sembilang..tapi tu sekali imbasla..tapi kalo dah banyak banyak kali imbas kompom ikan lundu..bentuknya kecil cam ikan sepat.sengatannya boleh tahan sakit kalo terkena.ikan ni boleh dimakan kata mak.tapi aku cume pernah makan sekali je.lepas aku dapat tahu salah satu makanan febret ikan ni aku tobat tak makan ikan ni dah..nak tahu ikan ni makan selain makanan dia? ikan lundu ni suka makan taik!! yee taik..ok taik..diulang taik. shit omputeh kata

macam mana aku tau..hahahahaha..eksperimen pernah dilakukan waktu aku budak budak dulu.mesti korang fikir macam macam dah yer..lantakla.nanti aku kabo.kalo cite, lari la dari tajuk entry ni iaitu mancing.paham!

3 4 kali aku dapat ikan lundu ni..mana pegi ikan ikan puyu?mak aku mancing dapat plak ikan puyu,nape time aku mancing ikan ni plak dapat padahal umpan sama je.musykil ni..mak ada mentera ikan puyu ker?kebetulan kakak ipar datang menjengah

"nape guna tepung ngan kunyit,nak bagi ada bau ker?" tanya kakak

"mungkin la kot bau kunyit tu" aku dh blank tak tahu nak jwb soalan cerdik camtu

"nape tak buh garam sekali?baru ada rasa sket"

"masin nanti,ikan kene darah tinggi plak,hahahaha" aku jawab secara cerdik jua

aku pun tak tahu nape kombinasi tepung dan kunyit bleh dijadikan umpan.ni resepi dari orang dulu dulu..kalau ada sesapa yg tahu tolongla beritahu yer.kalau tepung dah dijadikan umpan.apa kata cucur jagung ker,cucur bawang ke jadikan umpan plak..agak agak dapat tak ikan.?hmmmm..esok nak try la..roti canai ker..hmm menarik untuk dieksperimenkan.



*aku syak ikan ni suka umpan tepung ngan kunyit ni bukan sebab rasa tapi kalernya sama dengan makanan febret mereka.aku syakla*

sekian..


7

hari raya aidiladha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


saya kembali bersiaran.terkejut kan?lagi sehari kita nak sambut hari raya aidiladha atau hari raya haji atau hari raya korban atau tak der atau dah.selalunya hari raya haji dikaitkan dengan orang-orang yang pegi menunaikan haji.sebut pasal haji ni mengingatkan aku pada hari mak ngn abah nak pegi haji dulu.




****skrin kabur2****




waktu tu aku baru berumur 5 tahun,tengok!betapa berdikarinya aku ..umur 5 tahun mak ngn abah g haji tinggaikan aku..aku siap hantarkan diorang g airport lagi.betapa berdikarinya aku disitu.

okeh ni part betul2 punya

sampai kat airport aku merengek nangeh-nangeh nak ikut naik kapal terbang jugak.lama jugak rasanya mak,abah kakak abg pujuk supaya aku tak ikut.macam2 tipu helah diorang gunakan tapi aku kan bijak tak termakan tipu helah diorang sume tu.keh keh keh!!

akhirnya aku terpedaya dengan tipu helah mak.yela masa kecik-kecik kita kan percaya kata-kata mak 100%.kata mak

"kalau nak ikut boleh tapi sume yang pegi ni kene cucuk dengan jarum besar kt tgn,dah cucuk baru leh naik kapal terbang"

aku bab bab cucuk atau jarum ni memang elergik.dulu laaaa sekarang dah ok dah.Oleh kerana tak mau dicucuk,aku tak dapat pegi.kiranya aku merelakan mak ngn abah naik kapal terbang tanpa aku.bagi menggembirakan aku yang bersedih ni,kakak belikan aku belon bentuk kapal terbang kale oren.

berjurai jurai ayaq mata tengok kapal terbang berlepas.sampai kat umah pun ayaq mata tak benti lagi berjurai.sedih bukan sebab mak ngn abah pegi haji tapi sedih sebab kene tinggai.aku dok kat beranda sambil peluk tiang beranda.kapal terbang belon kale oren tak lepas ditangan okey.

mata asyik tengok ke langit.yela mana nak tau ada yg mendarat nak pick up aku bawak sekali.bila ada kapal terbang lalu aku jerit

"mak ngan abah ada dalam tu!!!" sambil tangan lambai-lambai

aku rasa dalam dua tiga hari jugak aku berperangai tak senonoh tu.lepas tu aku kembali normal,kapal terbang oren entah ke mana aku campak,aku dapat terima hakikat kena tinggai,aku bermain spt kanak-kanak lain.

nak tahu sapa jaga aku waktu ketiadaan mak ngn abah?

kakak-kakak akula begilir2 jaga.kikikikii.sian diorang tapi apa nak buat.mak ngn abah dah amanah kan.

selamat hari raya aidiladha

sekian
6

......



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


i am not rich
i may not be pretty
i don't have a perfect body

But i have
a kind and warm heart
for those who care





whenever i'm hurt,i don't talk
i just wear a fake smile,tell everything is ok
even though i want to cry







Sesekali kene jugak wat entry sedih..asyik entry hepi je.buhsan tau,tak mencabar hidup


2

Raya dah dekat

tanda- tanda raya dah dekat


1- Keadaan opis semakin lengang
2- Gerai- gerai kuih,baju kurung/melayu banyak di tepi2 jalan
3- banyak orang beratur di atm machine.oh ya tak lupa dalam kaunter jugak
3- jalan-jalan kg mula penuh dengan kereta
4- lagu raya menjadi nada dering ditelefon bimbit

mungkin banyak lagi kot cume aku tak terpikir je..

Dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.Jika ada salah dan silap harap diberi pengampunan.Bak kata pepatah,terlajak perahu bleh diundur terlajak kata buruk padahnya.oleh kerna aku tanak kejadian " buruk padahnya" berlaku..aku minta maaf kepada semua yang mengenali diri.Yang tak kenal pun blehla campur sekali.

Kalau wat open house tu janganla lupa jemput secara email pun aku terima.

Sekain..eh sekian..
5

surat

Assalamualaikum...

Ke hadapan blog yang dikasihi,bagaimanakah keadaan anda?saya pasti anda sedang berduka lara pedih menghiris kalbu kerna sudah lama tidak diupdate.Saya juga pasti anda sedang marah dan merajuk sekarang dan terluka dengan sikap saya yang acuh tak acuh serta sambil lewa terhadap anda.Mesti anda merasakan saya tidak memahami anda.Biarlah saya jelaskan kenapa saya semakin menjauhkan diri dan kurang mengupdate anda wahai blog.Bukan niat saya..sumpah..tak terdetik disanubari nak melupakan anda apatah lagi menjauhkan diri.

Begini sebenarnya..hmmm..sejak kebelakangan ini,saya sering dihujani dengan kerja yang agak banyak dan ini menyukarkan saya untuk mengupdate anda wahai blog.disamping bos yang sentiasa lalu lalang dibelakang saya menyukarkan lagi kerja memonteng tulang saya.Harap anda faham dengan situasi saya sekarang.Selain itu,keadaan bilik pejabat yang sejuk seperti dalam peti ais ini juga menyukarkan saya.Anda nak tahu kenapa?...kerana apabila badan menjadi sejuk secara automatik jemari-jemari saya menjafi (tengok dah salah eja dah,sejuk sangat ni malas nak backspace dah) kaku dan kesukaran untuk saya menaip pada kibod yang comel ini.

Bukan jari-jemari saja yang mengkakukan diri malahan otan,eh otak ( maafkan saya ) juga turuk mengekori jejak jari jemari mengkaku jua.Dan sekali lagi secara automatiknya idea juga turut membeku.Saya tak tahu apa nak dicoretkan pada anda blog.Maafkan saya blog.Saya tahu saya bersalah telah mengabaikan anda sekian lama.Harap anda dapat memaafkan saya blog.Segala yang berlaku ini ada hikmahnya,percayalah bloh..(???..%^$$##@@!!) blog.Tak bererti saya mengabaikan anda saya tidak sayangkan anda..tidak tidak tidak..saya tetap sayangkan anda.

Sekarang anda fahamkan kenapa,saya harap dengan penjelasan ini dapat mengurangkan kedukaan dan kesedihan anda blog.Moga kita bertemu lagi nanti.Saya akan pastikan.Sekali lagi saya memohon maaf blog.

Sekian terima kasih

p/s : kenang daku dalam doamu
8

dah sampai!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

hai hai hai!!

akhirnya buku untuk orang yang malas membaca macam aku dah sampai..kecil molek je bukunye..ekekeke..i loikeee....buku yang dimaksudkan adalah buku ni


ha ha ha..buku catatan nizam sani..actually dia ni blogger sebenarnya..sampai2 umah dapat buku tu terus baca.tak sampai sengah jam dah khatam..nak tahu nape cepat beno khatam kalo baca buku ni?bukan sebab aku baca laju @ lancar seperti pembaca berita.bukan bukan bukan!!


kalau nak tahu nape aku yang malas baca buku ni leh abiskan dalam masa yg singkat,korang g la tengok blog die cmner ghupe..

ni link blog enche nizam ---> http://nizamsani.blogspot.com/

*p/s : niji,takder komisen ker tolong promote ni.penanda buku niji ke,kicen ker?ekekeke


tq enche nizam (^_^)

Sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top