12

summary two thousand ten

JANUARY
-berpindah ke rumah "baru"setelah di flying kick(auta) oleh tuan rumah
-bertemu rakan "serumah baru"(cantik luaran tapi hodoh dalaman)
-tukar layout blog

FEBRUARY
-my birthday (^_^) of course
-balik kampung
-masih layout sama

MARCH
-kurang bercakap,menjadi pendiam(serius tak tipu)

APRIL
-pegi holiday kat pangkor
-jumpe ramai kawan baru
-duit dah berkurang sebab dah g holiday

MAY
-pindah rumah lagi(dah jadi aktiviti dwi tahunan dh rasa T_T )
-mulai bermata empat
-sultan azlah shah cup
-bye bye to him

JUNE
-worldcup fever (meraung atas kekalahan Italy)
-aktiviti melihat skrin besar secara beramai-ramai makin selalu
-pergi kenduri kawen kawan2
-tukar layout blog lagi

JULY
-jumpe pengarang jantung,penghibur dikala duka @ kucing
-berkelah di chepor(soalan:penganjur bila nk buat lg aktiviti ini?)

AUGUST
-berpuasa di bulan Ramadhan
-dapat naik pangkat dari maksu kepada toksu..terasa tua w/pun masih belia,thnks ank sedaraku,cute cucu toksu
-dapat surat interview

SEPTEMBER
-sambut hari raya secara sederhana dan ala kadar
-pergi open house kawan2
-pergi interview
-gagal interview

OCTOBER
-jumpa mamat misteri a.k.a psycho man
-beli hp baru

NOVEMBER
-pergi kenduri lagi,dapat anak sedara ipar baru lg
-berhari raya korban di opis T_T
-ayah housemate meninggal dunia
-banyak menghabiskan masa di rumah a.k.a sedang prektis menjadi gadis solehah(serius tak bohong)

DECEMBER
-musim kenduri kawen kawan2
-dapat panggilan interview lagi
-pegi interview
-Malaysia menang Piala AFF Suzuki
-my best friend selamat bersalin baby sulung
-END-


WELCOME TWO THOUSAND ELEVEN


6

Gol !! Gol!! Gol!!

huishh..dah berabad tak update blog..kalau adala anugerah blogger paling lama tak update blog.aku rasa aku salah seorang yang akan tercalon..top 20 barangkali,tak pun top 10..entah-entah top 5!!perghhh.dasat.

okey stop!,udah2 la tu berangan.terimala hakikat ekane yang kau tu memang malas nak update blog.tak der masa,tak der idea,otak blank dan bla bla bla bla..tu suma alasan semata-mata.

back to normal

2 minggu terakhir sebelum tiba 2011 surat khabar,majalah,blog-blog,status2 fb,tweeter semua berkisar pasal bola.tak kira lelaki perempuan makcik pakcik atok nenek bebudak sumenya pasal bola(ceh memandai je aku tambah2).semuanya gara-gara Piala AFF Suzuki 2010 yang mana telah menobatkan Malaysia sebagai JUARA setelah menumpaskan Indonesia dengan aggreget 4-2.Dari peringkat kumpulan sampaila ke final,cerita pasukan bola sepak Malaysia meniti dibibir -bibir peminat.(T_T ayat bahasa melayu skema sungguh)

Rumah aku pn dah jadi macam stadium gayanya..menjerit2 bagi semangat.yela nama pun bg semangat harusla jerit2 ye dak?.Tambah2 bila Malaysia score,riuh yang amat,bukan satu rumah je occay..banyak-banyak rumah tau riuh.Mana ada moral support duduk diam2 berpeluk tubuh.kan?

Memang mendebarkan la game final,tambah-tambah 4minit terakhir, rasa lambat sungguh referee omputih tu tiup wisel penamat.Bila dia dah tiup apa lagi melompat kegirangan la.no no no!!kegirangan tak berhenti di situ,ada lagi kegirangan yang lebih menarik.ha ha ha ha,ape die?tunggu..ke korang semua dah tahu..

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain Malaysia,jurulatih K.Rajagopal dan pihak-pihak yang terlibat.Anda semua membanggakan Malaysia..Tahniah juga kepada semua penyokong yang memberikan moral support(termasuk diri sendiri..tahniah ekane!!)

Sekian..

ops!! lupa plak nak sambung cerita kegirangan tadi..nahh!!

diambil dari keratan utusan malaysia online

*kalo tak clear sila klik okeh*
7

ketawa @ nanges

masa kejadian : 1635 ( guna sistem 24jam la bru english edukesyen)
tarikh : 22 Dec 2010

barang baru sampai..semua kerja checking dah selesai.hanya nak packing dan hantar je lagi.tiba2 baru prasan plastic courier tak cukup..so call courier suruh datang ambik dokumen dan sekaligus anta plastic bag.

"hello.."

"hello,ye boleh saya bantu?"

"ye..saya dari ********,saya ada dokumen yer nak anta."

"oh..baik cik,sebentar lagi pekerja kami sampai."

"ada lagi,tolong antakan sekali 3 packet plastic bags yer"

"ok cik"
"terima kasih."

tak lama kemudian sampaila orang courier ni.aku bagi dokumen yg nak anta.

"eh mana plastic bag?"

"ini plastic bag yang mintak tadi"

"?????...(T_T)"

yang aku mintak


tapi yang di hantar



rasa nak (T_T) .aku pun bawak la plastic bag 3 *****(tak sanggup nak taip) tu naik atas dgn hati yg hampa,remuk dan hancur berkecai.oh!!di manakah silapnya..
4

selamat menyambut 1 muharram 1432H

sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru..cepat betul masa berlalu.esok dah 1 Muharram,bermulalah kalendar baru dalam Islam.apa azam tahun ni yer..ermm..dulu masa kecik2 suka sungguh nyanyi lagu ni..mesti korang pun sama kan??

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

tapi jangan nyanyi je bersemangat,tapi habuk ape pun tarak..part yang dihijaukan tu yang paling best sebb kene tarik tinggi pastu ada suara latar sambung kat perkataan akhir dan part tu jugaklah yang memberikan maksud hijrah yang sebenar.."perjuangan,pengorbanan,persaudaraan&perpaduan" tak gitu kawan2??bagi aku la.Azam aku pada tahun ni,laksanakan kehidupan dgn lebih baik dan moga2 diredhai Allah.Amin..(perghhh.dasat azam (T_T))



*aku kene kerja pada 1 Muharram,pengorbanan jugak tu kan (T_T)

Salam Maal Hijrah


0

bergema

keadaan sunyi sepi tiba2 lady antebellum memanggil

"its a quater after one,i'm all alone and i need you now...."

klik!

"hello..ha nape tibe2 call ni..?"

"assalamualaikum..amboi hang,garangnya.."

"bukan garang tapi tegas.hahahaha..apsal?"

"wei awat suare hang bergema?hang kt maner tu?"

"aku kat gua kelam,awatnya hang nak mai sini ka?"

"aku tau hang kat maner..hahaha"

"ada hal sket nnt aku call balik hang"

klik!

-5 minit kemudian-

(you have new message waiting)! kata perempuan mat salleh dalam telefon bimbit.

makanla pil chi kit teck aun wei..hahaha,salah makan ka?dasat bawak hp sekali.pttla tak jawab salam:-)

mana hang tau ni,ada ilmu ke?balik nnt aku belila.tak tau pasal pe,mgkinla kot salah makan.tak larat nak busy ke toilet dah.hahaha.aku besala pekerja yg berhemah.takut bos call kang tak berangkat dia kate aku monteng plak padahal aku ada tugas "lain".:-)

hahaha.gilooo!!

sms tidak sempat dibalas kerana aku sudah bergegas ke tempat lain.

sekian




4

kenduri lagi

perkahwinan anak sedara yang kedua

Tarikh 20 Nov 2010
Lokasi Penang
Tema Purple / Ungu
Masa tak der masa

sama macam kenduri2 kahwin orang lain jgk sehari sebelum kenduri pasti akan bizi dgn aktiviti persiapan tuk kenduri..yg ni pn sama la jugak.so tak perlu aku nk huraikan dgn lebih detail lg..cume nk ckp satu je..pelamin cantik betul(^_^)
betul tak ape aku cakap cantik kan..


banyak gambar pelamin je ambik,sementara tunggu tetamu datang sempatla snap barang 6 7 belas gambar..bukan 6 7 gambar yer..

Selamat Pengantin Baru pada Marsyitah & Shukri,moga berbahgia hingga ke akhir hayat.Amin

Macam Maher zain nyanyi " Barakallah hulakuma wabaraka a'laikuma,wajama a' bainakuma fi khair"


gambar ini?? abaikan..tiada kene mengena dgn entry
hanya watak tempelan sahaja

Sekian..
*p/s : semasa entry dibuat,lagu maher zain'Barakallah'sedang berkumandang(sekadar sampingan jua)



0

salam aidiladha

hari raya aidiladha disambut hari ini dengan sederhana tetapi meriah.
aku?......hmmm

kene keje pada hari raya ini..sebab ape nak tau?
sebab aku ganti ngn jumaat cuti hari ini,annual leave dh tak byk tinggal bape kerat hari je lagi(::nangess::)/(T-T)<--suka aku icon ni

insyaAllah aku akan mula bercuti pada Jumaat - Ahad.

aktiviti : beraya + kenduri kahwen(not me)
destinasi : Penang
mood : hepi + riang ria + syiiiookkkk
Persiapan: dalam proses(harap2 sempat sebelum jumaat)insyaAllah

Selamat hari raya aidiladha
amalkan pemanduan berkhemah
ingatlah orang yang tersayang~wink!!wink!!(^-^)


0

goreng pisang

Sedapnya makan pisang goreng panas dalam keadaan cuaca yg begini(cuaca : sejuk/mendung/suam2 kuku/dan lain lain).ditambah pula dgn air nescafe panas..perghhh!!sedap cakap lu..dulu masa kecik2 suka makan pisang goreng ni cecah ngn gula.korang makan camtu tak? ker aku je yg makan style macam tu?..by the way entry ni bukan nk cite pasal pisang goreng sebenarnya tpi nak cerita pasal lagu "Goreng pisang"..ala lagu permainan budak2 yang sambung perkataan akhir tu..mesti penah main kan?? tipula kalo korang ckp tak pernah.

"goreng pisang,goreng pisang,goreng pisang sekarang..
pisang apa,pisang apa,pisang apa sekarang..
pisang emas,pisang emas,pisang emas sekarang..
emas apa, emas apa, emas apa sekarang..
emas tulen,emas tulen,emas tulen sekarang..
tulen apa,tulen apa,tulen apa sekarang..
tulen cd,tulen cd,tulen cd sekarang..
cd apa,cd apa,cd apa sekarang"

*
sampai ada yang tak boleh sambungkan perkataan terakhir tu*
dan orang itu akan dikira kalah


game ni kene main 2 group@2 orang tapi yang pasti kene lebih dari sorang.takkan la nak nyanyi sorang2.sendiri tanya sendiri jawab..lagu ni dulu aku suka nyanyi dgn kawan2 smpaila ke besar(umo 18thn)umur sekarangla..hikss.okey tipu..bukan umur sekarang.kerana lagu ni jugakla salah sorang roommate aku(4 org satu bilik ms tu) nangis2 ngadu kat room sebelah kata tak bleh study disebabkan oleh '3 setan' dalam bilik dia nyanyi lagu goreng pisang dgn penuh semangat(maksudnya lontaran suara yang amat baik) pitching tak lari langsung.

dan selepas kejadian itu roommate tersebut telah berpindah ke 'room' yang lain bersama 'roommate' yang lain yang tak nyanyi lagu goreng pisang malam2.

pengajaran : jangan menyanyi kalau ada kawan/roommate/kakak/abang/ayah/nenek/atok dan sape2 lah yang tengah study..

*motif entry : saja saja





2

Al-fatihah


Setiap insan di dunia pasti akan kembali kepadaNya..manusia tak boleh lari dari kematian.Amat sedih bila insan yang kita sayang pergi untuk selama lamanya..Baru mendapat khabar berita yang ayah kawan/housemate aku baru saja meninggal dunia pada 12/11/2010,jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari..

Kesedihan yang dialami sedikit sebanyak mengingatkan aku pada arwah abah yang kembali ke rahmatullah 5thn lepas.Moga abah tenang di sana.betapa rindunya kenangan dgn abah sewaktu kecil..owhh i really missed that moment..

Moga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah..

4

misteri

tarikh tak ingat mgkin minggu lepas
masa Petang
lokasi Taman perumahan

pulang dari kerja dalam keadaan letih..semasa pulang berjalan sambil berzikir...bi--
okay okay okay!!..aku tipu..semula,semasa pulang berjalan sambil menyanyi,biasala time2 cmni bykla kereta moto dok lalu kat taman ni..and selalunya aku tak hiraukan pun sume.dalm kepala ingt nk balik pastu rileks.

broommm!!broommm..sebiji moto err ke sebuah moto..potong aku.lelaki berbaju biru menaiki honda 70.dia toleh belakng,kulit cerah..aku cm besala wat dunno je..kalo remy ishak ke aaron aziz ke potong aku pstu toleh belakang mau aku senyum secara comey siap lambai2 lg..mamat tu pun berlalu terus ke depan.

sebaik aku masuk lorong taman,dlm 100m nk smpai rumah aku terserempak lg dgn mamat ni.kali ini secara berhadapan..sekali lg bila dh lepas die toleh belakang..aku tepiki
"muka aku cam diana danielle ke yg dok toleh?"hmm..sekali lagi aku wat dunno..

sampai rumah yeayy!!..bila melangkah je kaki dalam rumah

"kak ekin ader nampak laki naik moto honda 70 pakai baju biru?"

"rasanya ada kot,masa jalan tadi dia potong,apsal?"

"dia ikut kami tadi naik moto dari traffic light smpaila lorong ni,dia ikut jalan lain.ni yg orang aritu,arini naik moto honda lak,dulu moto rxz.entah2 dia dh tau umh kita"
(kami = saya)

"o yeke?"

dr ape yg dicerita - 1st ikut mbe balik,ok kt sini aku gambarkan laluan mamat tersebut.
merah - lelaki tersebut
purple - kwn yg kne ikut

biru - lorong tmn

ni plak gambaran semasa aku terserempak dgn lelaki itu.

kali ni purple mewakili aku

gilerla mamat ni.dia nk tahu mn lokasi rumah.berpusing2 kt area tu 5 6 puluh kali..kena berhati hati ni tambah2 lepas kejadian yg berlaku di sebuah rumah sewa perempuan di Ampang..(next entry la aku cerita kejadian tu) yg melibatkan seorang lelaki naik moto rxz berhelmet full face.

aku tak sempat nk ingt no plat moto honda tu.tpi muka dia ingt jgkla sket2..
ape pun harus sentiasa berhati hati..


Ya Allah Ya tuhanku lindungilah aku dan kawan2 ku dari bahaya dan malapetaka yang tak diingini.Amin..


*p/s : dua gambarajah di ats dilukis menggunakan paint oleh seorang budak tadika kemas*



okay aku tipu lagi..kesimpulannya aku tak pndai menipu dan melukis.

Sekian
4

Pengaruh iklan

Tentu anda penah tengok iklan sekumpulan budak2 bermain skateboard secara duduk menolak kwnnya di lorong laluan kereta nak naik ke bangunan.sambil sorang kawan yang lain membaling tin minuman.tak paham?? tgkla sendiri iklan ni.



Penah tgk kan?part last sekali ada kluar bunyi " do do do do the dewww!!"
aku suka ikut part last tu.smpaila satu hari terdetik kat hati

"air ni rasa ape yer?,mesti rasa cam 100plus dan air2 bertenaga yang lain"

Bila kuar je iklan ni rasa cam nk beli..kepingin..So smlm alkisah semasa aku nk beli air "kasih sayang"(ape air kasih sayang tu,tungguuuu).. aku nampk kedai apek ni dah jual air mountain dew ni.."nk beli ke tak?"bisik hati aku.

"beli ke tak beli ke tak beli ke tak?" last2 tak beli sebab dah beli air kasih sayang.

tapi arini rasa kepingin tu membuak buak.tepat kul1.05tengahari tadi aku beli air mountain dew ni.seronok sungguh..ehh japp!!!..aku beli bersama air kasih sayang.dasat sungguh sape nak minum entahla..ni la hasilnya..

Add Image
hehehe ni la air kasih sayang yg dimksudkan.

Mahal sungguh air mountain dew ni RM2.00 sebotol..botol pn mcm botol kicap je tengok.tapi rasa kepingin mengatasi segala galanya.hahahaha.

Result selepas meminum air do do do do the dewwww ni rasa nya cam air 100plus jgk tpi rasa lemon.tu je pun.manis2 buah kata orang..agak2 lepas ni bleh tak aku meluncur main skateboard cam dalam iklan tu.

hmmm..


*pasal minum air pn nk tulis dalm blog.ekeke..lantak la blog aku..*



2

entri di bulan sepuluh

sudah sebulan tak update blog..nk kate sebulan sekali je update.bukan ape tak der cite yg menarik dan best nk dikongsikan..ditambah plak dgn kebizian dgn kerja2 seharian..tpi adala satu cerita bes(bg aku la..kalo korang rasa tak bes,tak besla)..muehehe..ok cmni ceritanya..

6 october yang lepas aku telah diinvite untuk menghadiri sesi temu dan duga oleh spa<--bukan short form tuk "sape" mahupun spa yg urut2 tu tau..okey SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam) la senang nk phm.mereka(orang2 spa) telah menemu dan duga aku untuk jawatan Penolong Penguasa Bomba.. mencabarkan jawatan yg mereka tawarkan kat aku??? sesi temu dan duga bermula jam 8.15 cmtula..oh! lupa nak bagi tahu,sesi temu dan duga ni secara santai tau..tak perlu pakaian baju kurung,kasut sarung,kemeja,sluar slack ataupun tali leher..bes kan???cuma perlu pakai track suit,t-shirt dan kasut sport saje.ala2 pakaian nk berbicara dgn alam..tiba2 teringat entri ini

ada 3 tahap untuk temu dan duga tersebut.sesi pertama adalah pemeriksaan anggota badan.tujuannya adalah untuk memastikan kami2 (bakal2 bomba) ni sehat belaka dan tiada cacat cela..

tahap kedua pula adalah pemeriksaan berat,tinggi dan penglihatan.setiap calon haruslah mempunyai berat badan minimum 46kg bg perempuan dan 48kg bg lelaki..tinggi plak 153cm bg perempuan dan 160cm bg lelaki..bagi calon yang tidak menepati kriteria tersebut akan disuruh balik tanpa perasaan belas dan kasihan.

ujian penglihatan ada 2 kategori.yang pertama jarak dekat(duduk sambil baca buku warna yang ditunjuk)ala macam test ujian memandu..ingat tak?macam ni haa


senang je kan..penemu dan duga tunjuk yang mana, sebut aje kuat2..okey selesai hat ni.NEXT!!

ujian penglihatan kedua ni plak kita berada lebih kurang 6 langkah dari papan huruf seperti di bwh

Agak jauh jugakla nak baca tu..penemu duga akan tunjuk huruf,dan kami(bakal2 bomba) akan sebut.berdasarkan gambar di atas agak kacang dan kulit kalo penemuduga tu tunjuk kat line 5 @ 6 kan..tapi jangkaan kami(bakal2 bomba) terutama aku meleset..mereka(ahli2 bomba) menunjuk pada line 7 dan 8.sudah tentu agak mustahil bagi aku yang rabun sedikit ni tuk melihat dan menjerit nombor bekenaan dgn mata bertutup sebelah.::nangess::

Seperti yang dijangkan aku tersekat sekat nak sebut huruf tersebut.tapi mereka(ahli2 bomba) memberi 3 peluang tuk sebut.tpi aku mengsia siakan peluang itu.(basuh muka 15kali pn xnmpk jgk)akhirnya aku surrender.aku angkat bendera putih tanda nak mengaku kalah.


tahap yang ke3 adalah ujian fizikal.ini adalah ujian kecerdasan fizikal kami(bakal2 bomba)..

"eh?"

aku tak tahu tahap ni sebab aku dah terkandas kat tahap ke2 tadi.jadi tak dapatla nk cerita.maaf ye.
.

sekian

0

Raya yang sederhana

raya tahun macam raya2 thun lepas jugak,g umah sedar mara,umah kawan2..reunion budak2 sekolah..dan lain2 lagi.

tetapi

ada tetapi di situ..aku terpakse mengawal pemakanan aku sepanjg raya ni atas alasan aku tak nk tambahkn berat badan.(bleh terima pakai kan alasan tu?)
kerna aku dalam misi nk turunkn berat badan dr 54kg - 45kg(mampukah??)

suma makann aku mkn cume dlm kuantiti yg sedikit sahaja..rasa je,nnt kempunan plak.muehehe..

adakah misi akan berjaya?? sama2 kita nantikan kesudahnnya..

cerita pasal raya..next entry lah..okay..

4

Syawal datang lagi

Raya dah tak lama lagi..

status mood = happy+riang ria

status kewangan = riang ria jua

status keje = muahahahaha.

moga Syawal kali ini lebih bermakna dr yg sebelumnye..dan jangan membazir dlm berbelanja..Ampun dan maaf dipinta.Selamat Hari Raya..


berhati-hati di jalan raya
amalkan pemanduan yang berhemah


Cam iklan lak..

0

Ipoh ke Kuala Kurau

Minggu lepas adalah minggu balik kg..berbuka puasa & menyambut merdeka di kg.alangkah bahagianya menikmati juadah berbuka yang "agak" byk..lepas makan makan,lepas tu makan lg..okay cukup..skip cerita buka pose dgn makann yg byk ni.

Tarikh 29 Ogos 2010
Masa 8.55 pagi
Lokasi Bus stop taman.

aku menunggu bas nk ke bas sten.spt biasa bas xpenah tepat pd waktunya..tiba2 muncul aunty India duduk di bas stop.

"tengah tunggu bas ka?,selalu ari ahad bas lambat"

"yeke aunty?tpi td dah lalu dah,tunggu bas tu pusing balik"

"oowh,lmbat lg kul9.30 baru lalu"

tgk jam baru kul9.05..damn!! lagi sengah jam..gile lama nk tunggu..bisik hati aku.

"u tgk rumah tu,besar kan?" sambil menunjuk ke sebuah rumh.

"u tau ka bape kos renovate umah tu?"

eh aunty ni tnye mcm aku ni kontraktor plak..mn la aku tahu kos umh tu.

"mgkin dlm RM100 ribu cmtu kot" jwb aku dgn penuh konfiden bg tidak menghampakan aunty tu.

"RM180k,byk tu..itu tuan rumah dia bunuh isteri dia,gantung kat tali,bila isteri dah mati baru dia wt itu rumah."

"yeke aunty?abis dok umh ni skrg"

"suami,ank2 dia pn kadg2 ada dtg jgk.skrg ni org snggup wt apa sebb mau itu duit,ank anta mak bapak pegi itu rumah org tua2.byk ksian"
okay aku tak brape nk phm cerita aunty tu,jenuh fokus dah apa yg dickpkan tp gagal..kemudian aunty tu sambung cerita

"sy ada kwn,sblm ank lelaki dia kwin.itu ank byk baik,byk syg sma mak dia..mkan pn mau suap2..tpi bila itu anak sudah kawen dgn perempuan India(India international,bukn india m'sia)itu anak sudah tak mau dtg tgk mak dia.
"call pn tak der ke?"
"takda,bila sudah dpt prempuan cantik,dia sudah lupa sama mak dia.skrg sudah kerja di singapore.itu mak dia anta pigi rumah org2 tua."
"prempuan tu tak bg balik kot?"
"itu prempuan ajk keje kat singapore sana..hmm tpi orang melayu punya anak tak dak itu macam sy tgk,byk bgus org melayu pnya ank..tak lupa mak bapak,bila hari raya balik kg"
aku senyum je.rasa bangga kejap bila aunty tu ckp cmtu..byk lagi yang aunty tu cerita tpi tak kesudahan sebb bas pn smpai.masa dlm bas sempat lg aunty tu toleh kat aku,mgkin xpuas ati sebb dia tak abis cerita lg.takpela aunty nnt kalo TERjumpe aunty smbung cite yer...hahaha..
moral value : janganla abai ibu dan ayah..bangsa lain pn kagum ngn orang2 melayu.yeayy..

BERSAMBUNG....
0

senyum itu sedekah

banyakkan lah senyum kerana senyum itu sedekah..

sesiapa pun kelihatan manis apabila senyum..

janganlah kedekut
senyuman
terimalah senyuman dari saya..


0

aku ditag lagi

*ting!!*notification fb timbul kt skrin(bunyi tu aku imejin je pn,sila abaikn)

maaf.gambar tak clear sgt,aku tak pndai nk edit2 ni


muehehehhe..kan best kalau mimpi tu jadi kenyataan..sekian..
*selamat berbuka puasa*



0

1 Ramadhan

g bazar ramadhan kul 6.30

dalam ati : bestnye jap lg nak beli nasi ngn popia goreng idaman kalbu :-)


status hati dan perasaan : gembira riang ria


di bazar ramadhan


dalam ati : gulp!sume makanan(kuih muih dan nasi)dah abis :-(
status hati dan perasaan : sedey dan duka


Last sekali beli rangka ayam mamat blur(ada kisah disebalik itu).tak pernah2 buka pose makn rangka ayam..haihhh..


kemusykilan : apsal cept sgt habis makanan?penduduk kt tmn ni sume beli
makanan secara pukal ker?musykil musykil..sekian

0

ramadhan menjelma kembali

Sedar tak sedar esok lusa dah nk puasa..Ni kali ke 3 aku berpuasa di Ipoh..berbuka puasa bersama kawan2 di rumah(mesti ade yg tengah sengeh2 la tu)hehehe..ok mood baik balik..

saya ucapkan selamat berpuasa pd sume muslimin & muslimat.moga Ramadhan pada kali ini akan membawa erti yg bermakna dlm hidup kita semua.

oh ya...sebelum sy terlupa..

sy ingin memohon ampun dan maaf jika sy ader membuat kesalahan,baik yg tidak sengaja mahupun sengaja..mg kita dpt menjalani ibadah puasa ini dgn kusyuk,diberkati & dirahmati Allah S.W.T. InsyaAllah..
0

bebudak yg lahir pada 80an sahaja

aku ditag di fb..antara isinya...

budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat masa sekolah rendh dulu:

- kt skola ada salesman jual buku cerita,arini bg list esok mintak duit beli w/pun cerita buku tu dah tau

-salesman susu pn cmtu gak

-kt library,budk2 mmg baca buku tp juz tgk gamba je,bila ada program Nilam bru sebok nk pnjm buku,juz nk list nama pengarang je.bukn nk baca pn..sipnopsis pn tibai je..

-RMT kt skola mkn kdg2 best kdg2 xbest,tpi yg berduit pn join mkn..xphm..

-pakai pensel box yg bole bukak depn belakang,pastu ader sharpener kt tgh2.

-main lawan pemadam,syg nk guna utk pdm,pdhal itu fungsi sbnr..utk padam!!

-pakai pembaris yg bergerigi,kt dlm ada air pastu ade bende berkilt dlm air tu.

-cikgu pakai pembaris kuning pnjg.ada pemegang kt tgh2 tpi xpernah nmpk cikgu pegang pn kt situ

-time pendidikan seni,lukis sume bleh tp time kale sume hampeh..cikgu mesti sruh cari batang daun pisang sruh wt cop.

-sume nk beli jam tgn Boy London sebb bole tukar2 kale ikut suhu n cuaca.

-takut BCG tpi lepas inject poyo plak

-g kedai msti nk beli Jojo xpn Dendang.Tora pn best gk,beli semata mata nk mainan,coklat xmkn pn.

-kasut berlampu kt tapak ngn belakang,yg iklan die kt tv bleh tembak alien tu

-siri kartun:power rangers,ultraman,transformers,ninja turtles,thundercats,maskman,gaban dll lgi.

-suke main nama2 negeri,nm org,binatang,buahan2..ala yg ada 5 column tu.kalo sama 50mrkah..kalo xsama 100.

kita sentiasa berubah cume asal-usul kita yg permanent..beskn dulu2..

*credit pd yg mengtag aku..
0

tersepit

lari -gigit tgn - lari ke dapur - lari balik ke ruang tamu - panjat sofa-masuk dalam grill tingkap - tak boleh gerak - sangkut

hahahaha..padan muka


































tula tak reti dok diam lagi.hehehe

0

pemasaran jualan

dulu g pasa malam selalu dgr

"mai mai mai kopok lekor..kopok lekor..mcm2 ada..lembuuuutt aje.."
(ala2 suare cam dato' m daud kilau)

tpi semalam dgr lgu baru..wowww.kagum sungguh..

"kacang..kacang..kacang..(kne mendayu dayu & meleret nyanyi)..sringgit!!(kne gunakn sore yg tinggi ala2 ct nurhaliza)

hahaha..membuat aku rs nk gelak secara tiba2..tetapi tetap tutup mulut sebb nk kaver gelak sorang2 w/pn hakikatnya memang tak tahan nk gelak dah..mgkin pasar mlm di tempat anda lain versi dan iramanya..
0

ulu chepor


18hb lepas aku,faizul,kak nani & family dan kak alya & family g mndi air terjun kt ulu chepor..oo lupa nk ckp mak sedara kak alya pn join jgk..

dekat 5thn aku tak g ulu chepor..mcm2 dh berubah..nak masuk pn kne byo dah skrg..dulu tak payh bayo seingat aku la..mklumla dunia dah berubah.mula2 aku bercadg xnk mandi..cume kocak2 air jela.ekeke..tpi bwkla suar spare..tpi bila tgk air terjun yg sejuk lgi jernih tu..rs cam bes plak nk mndi tp keadaan memaksa xmau mndi.

tpi ats kedengkian dr faizul,kak nani n kak alya..aku bsh jgk.ciss..tepksa pulang dlm kebasahn.mintk maaf yer faizul seat kete bash.hahaha

kesimpulannye besla dpt mndi air terjun..rs nk g lgi je.ermm tpi bila yaa
0

Ditegur

Dalam perjalanan ke opis pg tadi..oh lupa nk g thu..aku g keje jln kaki.jimat..okey sambung balik

tengah2 jalan kat tepi padang,tiba ada uncle India ni tegur..

Uncle : hey..tiap2 hari jalan yer?g kerja ke?

aku : a'ah g keje.

uncle : bagus..patut nampak kurus.saya selalu tengok kamu jalan sini.
dok sari bape?


aku : sari **

uncle : jauh gak tu..bagus2(sambil tnjuk tanda bagus)

aku : hehehhe(senyum smbil berlalu)


sengeh tak ingatla bila dikata kurus..hoorayy xperlu la nk jogging ujung minggu ni..thank you uncle atas teguran ikhlas mu itu.hiks..
0

sinchi

tgh jalan2 kt taman,jmpe dia..sgt manje dan comel tpi kurus mgkin sebb tak makan..main2 dengan dia..tgk keadaan dia tu mcm x terurus..terus ambik keputusan bawk balik..

Alhamdulillah dah 2minggu dia kt umh,makin sehat dan gemuk..letak kt lua umh xlari balik plak.sahla xbertuan..semakin aktif dan cergas skrg,suka gigit tgn dan kaki orang tnpa ada sebab musabab..harap dia suka tinggl di rumh aku..wlaupun ader jgk org tak suka kt dia sebb dia xsecomel yg lain..tpi xpela pedulik apa kan.hehehe..

rs tenang bila tgk dia.

inilah dia yg dimaksudkan.namanya sinchi.

0

bye bye azzuri

sedey + hampa melihat kekalahan pasukan italy 2-3 ngn slovakia malam td..huhuhu..patutnya diorg main mcm 20minit terakhir tu dr awal game..baru la semangat..tapi tak pela,mgkin tahun ni rezeki bukn pd italy..perhebatkan pasukan anda tuk worldcup 2014..yeahhh..

italy dh out , tepakse sokong negara lain lak..hehehehe.tapi

azzuri tetap di hati




0

wanted


semalam : tgh nk lipat kaki sluar sebb ujan.....DIGEMPAQ anjing..

hari ini : tgh jalan2 dgn sopan santun.....DIGEMPAQ anjing lg

*muka aku ni muka wanted anjing2 kt taman perumahan ni ker??*
soalan tinggal tnda tnya..

0

awangan

dua tiga hari ni aku tak cukup tido
rasa nmpk bintang2 keliling kepala
rasa macam berada di awangan
melayang layang


0

kenduri

sabtu (pagi)
kenduri = nsi minyak

sabtu (malam)
kenduri = nasi minyak

ahad (pagi)
kenduri = nasi minyak

haihhh..cmner nk diet ni..

0

ada mata baru

perghhh..dh berzaman xupdate blog ni.penuh ngn anai2 dah.okeh update skrg.

hari ahad g jenjalan kt parade..masuk je dalam parade mata jd kabur2..so aku ambikla tindakan dgn msuk kedai spek mata.kunun2 nk cek matala.cina ni cek la.die kata

" u punya mata byk sensitif haa..rabun tak teruk 100 ja."
"oo yeke,sensitif cmner tu?",aku bertnya tuk dptkn kepastian.
"u xleh tgk cahaya terang sgt..jgn pkse mata fokus kt something"
"pttla kalo tgk cahaya lampu,nmpk cm pecah2"
"kene pakaila spek nnt u leh jd pening kepala,skrg sudah ada ka rs pening?"
" ader jgk la.."

lantas aku pn kuarla dr kedai tu.xbeli pn spek.ekekek
jln2 punya jalan..jmpela stall yg jual spek mata murah2 ni.aku pn pick n test satu2 spek tu..

last sekali jumpe satu yg bekenan..power pn xtinggi..so dgn rela ati dan ikhlas aku bgla rm30 kt amoi tu tnda stujuk nk beli.huhuhu.
tpi bila pakai memg pndangn mata jd clean n clear je.bersih...xsia2 beli.

tapi beli pn xpakai sgt.pakai bila perlu je..takut nnt betmbh teruk plak bila asyik pakai je..bukn aku kata la tpi org kata..


nila spek yg dimaksudkan.huhuhu

0

hari-hari yang bosan

apsal la makin lama makin bosan...haihhh...jadual harian makin lama mkin kosong..tak tahu nk isi pe..selain tgk tv tgk tv tgk tv dan tgk tv..sampai nk muntah dh tgk tv tu..

apakah aktibiti lain yg dpt mengisi kebosanan aku ni..untuk cadangan silala antarkn ke komen di bwh..cadangan anda amat dialu2 kan..sekian terima kasih..



3

satu tahun bertambah


Harini umo aku betambah setahun lg.tak sangka dh byk umo aku rupenye.ehehehe..(ayt tak leh terima hakikat).pejam celik pejam celik dh beso aku..dulu kecik2 je lg.rs bru je pas abis sekolah..

apa yg aku harapkn thn ni akn memberi kebahgian dan kesejahteraan dlm idup aku n family.aku bersyukur segala kurnia dan nikmat yg telah diberikan tuhan kepadaku..mg dipnjgkn usiaku dan betambah murah rezeki aku..yang paling penting hope i'll find my Mr Right this year,hopefully..aminnnnn..

happy birthday to me once again..yehaaaaa..
kepada sesiapa nk bg hadiah sila hubungi aku occay!!.ahahaha(demand tul)

6

..my mission..

ni la misi aku tuk tahun ni..

1st mission
2nd mission

3rd mission

semoga berjaya..aminnnnnnnnnnnnn



0

gerhana matahari separa

Arini bakal menyaksikan fenomena gerhana matahari separa dalam kul 3-5 ptg nnt..aku tak leh miss ni..ari tu dh miss..tidak kali ni.hhehee

gerhana matahari separa ni kita leh tgk matahari separuh je dilindungi bulan..cam bentuk sabit tu la kot agaknyee..

tgk jam..tik tik tik..ada lg 2jm sengah lg..hehehe.aku harap daptla tgk.
.

bukan selalu dapat tgk fenomena yg indah ni..jom tengok reramai...yehaaaa!!
0

akibat terlebih cerdik

pintu bilik umah baru takder kunci..
so aku try la guna kunci bilik umh lama..

try try ..fuhhhh leh guna..yes!! xperlu beli kunci dh..

1st trial : try kunci bilik dr dalam..terkunci..yes!!


try buka balik..leh buka..yess!!



2nd trial : try kunci bilik dr luar...terkunci..yess!!


try buka balik..tolak pintu..masih terkunci..huwaaa..!!
( hp,baju,beg,duit sume kt dalam)-->(nangis2)


Tindakan :
1- try guna kunci yg same tpi ejas2 sket nk buka---> GAGAL
2- turun bawah ambik kunci lain,try buka ---> GAGAL
3- rempuh pintu cm cite2 polis ---> GAGAL
4- turun balik ambik pisau potong bwang,
buka skru pintu ---> ?????
5- godek2 kt pintu -->GAGAL
6- guna pisau, cungkil2....tappp!!!---> BERJAYA.!!!!

horayyy..akhirnya berjaya juga..jantung masih berdebar..terus tido..
0

I'm moving out

Esok aku akan pindah ke rumah baru sebab rumah lama ni akan ada org lain duduk.so aku di arahkan oleh tn umh tuk berpindah.haiiihh..sebnarnye aku mlas nk pndah2 ni..byk kojenye nnt.nk angkut bargla pe la.tpi tepakse nk wt cmner.ermmmmm...tpi skrg aku dpt umh yg dekat sikit ngn opis so tak der la jauh sgt nnt nk g keje..(sbnrnye sronok sebb leh la bgn lambat nnt,ekekekek)..

ada setengah2 brg dh kemas cume ade sket je lg n brg2 dapur la yg belum kemas lg..Mg dgn perpindahan ni akan membwa lebih byk mkna dan mg idup lebih bahagia n ceria.aminnnnnnnnn..

sekian..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top