4

misteri

tarikh tak ingat mgkin minggu lepas
masa Petang
lokasi Taman perumahan

pulang dari kerja dalam keadaan letih..semasa pulang berjalan sambil berzikir...bi--
okay okay okay!!..aku tipu..semula,semasa pulang berjalan sambil menyanyi,biasala time2 cmni bykla kereta moto dok lalu kat taman ni..and selalunya aku tak hiraukan pun sume.dalm kepala ingt nk balik pastu rileks.

broommm!!broommm..sebiji moto err ke sebuah moto..potong aku.lelaki berbaju biru menaiki honda 70.dia toleh belakng,kulit cerah..aku cm besala wat dunno je..kalo remy ishak ke aaron aziz ke potong aku pstu toleh belakang mau aku senyum secara comey siap lambai2 lg..mamat tu pun berlalu terus ke depan.

sebaik aku masuk lorong taman,dlm 100m nk smpai rumah aku terserempak lg dgn mamat ni.kali ini secara berhadapan..sekali lg bila dh lepas die toleh belakang..aku tepiki
"muka aku cam diana danielle ke yg dok toleh?"hmm..sekali lagi aku wat dunno..

sampai rumah yeayy!!..bila melangkah je kaki dalam rumah

"kak ekin ader nampak laki naik moto honda 70 pakai baju biru?"

"rasanya ada kot,masa jalan tadi dia potong,apsal?"

"dia ikut kami tadi naik moto dari traffic light smpaila lorong ni,dia ikut jalan lain.ni yg orang aritu,arini naik moto honda lak,dulu moto rxz.entah2 dia dh tau umh kita"
(kami = saya)

"o yeke?"

dr ape yg dicerita - 1st ikut mbe balik,ok kt sini aku gambarkan laluan mamat tersebut.
merah - lelaki tersebut
purple - kwn yg kne ikut

biru - lorong tmn

ni plak gambaran semasa aku terserempak dgn lelaki itu.

kali ni purple mewakili aku

gilerla mamat ni.dia nk tahu mn lokasi rumah.berpusing2 kt area tu 5 6 puluh kali..kena berhati hati ni tambah2 lepas kejadian yg berlaku di sebuah rumah sewa perempuan di Ampang..(next entry la aku cerita kejadian tu) yg melibatkan seorang lelaki naik moto rxz berhelmet full face.

aku tak sempat nk ingt no plat moto honda tu.tpi muka dia ingt jgkla sket2..
ape pun harus sentiasa berhati hati..


Ya Allah Ya tuhanku lindungilah aku dan kawan2 ku dari bahaya dan malapetaka yang tak diingini.Amin..


*p/s : dua gambarajah di ats dilukis menggunakan paint oleh seorang budak tadika kemas*



okay aku tipu lagi..kesimpulannya aku tak pndai menipu dan melukis.

Sekian
4

Pengaruh iklan

Tentu anda penah tengok iklan sekumpulan budak2 bermain skateboard secara duduk menolak kwnnya di lorong laluan kereta nak naik ke bangunan.sambil sorang kawan yang lain membaling tin minuman.tak paham?? tgkla sendiri iklan ni.



Penah tgk kan?part last sekali ada kluar bunyi " do do do do the dewww!!"
aku suka ikut part last tu.smpaila satu hari terdetik kat hati

"air ni rasa ape yer?,mesti rasa cam 100plus dan air2 bertenaga yang lain"

Bila kuar je iklan ni rasa cam nk beli..kepingin..So smlm alkisah semasa aku nk beli air "kasih sayang"(ape air kasih sayang tu,tungguuuu).. aku nampk kedai apek ni dah jual air mountain dew ni.."nk beli ke tak?"bisik hati aku.

"beli ke tak beli ke tak beli ke tak?" last2 tak beli sebab dah beli air kasih sayang.

tapi arini rasa kepingin tu membuak buak.tepat kul1.05tengahari tadi aku beli air mountain dew ni.seronok sungguh..ehh japp!!!..aku beli bersama air kasih sayang.dasat sungguh sape nak minum entahla..ni la hasilnya..

Add Image
hehehe ni la air kasih sayang yg dimksudkan.

Mahal sungguh air mountain dew ni RM2.00 sebotol..botol pn mcm botol kicap je tengok.tapi rasa kepingin mengatasi segala galanya.hahahaha.

Result selepas meminum air do do do do the dewwww ni rasa nya cam air 100plus jgk tpi rasa lemon.tu je pun.manis2 buah kata orang..agak2 lepas ni bleh tak aku meluncur main skateboard cam dalam iklan tu.

hmmm..


*pasal minum air pn nk tulis dalm blog.ekeke..lantak la blog aku..*



2

entri di bulan sepuluh

sudah sebulan tak update blog..nk kate sebulan sekali je update.bukan ape tak der cite yg menarik dan best nk dikongsikan..ditambah plak dgn kebizian dgn kerja2 seharian..tpi adala satu cerita bes(bg aku la..kalo korang rasa tak bes,tak besla)..muehehe..ok cmni ceritanya..

6 october yang lepas aku telah diinvite untuk menghadiri sesi temu dan duga oleh spa<--bukan short form tuk "sape" mahupun spa yg urut2 tu tau..okey SPA(suruhanjaya perkhidmatan awam) la senang nk phm.mereka(orang2 spa) telah menemu dan duga aku untuk jawatan Penolong Penguasa Bomba.. mencabarkan jawatan yg mereka tawarkan kat aku??? sesi temu dan duga bermula jam 8.15 cmtula..oh! lupa nak bagi tahu,sesi temu dan duga ni secara santai tau..tak perlu pakaian baju kurung,kasut sarung,kemeja,sluar slack ataupun tali leher..bes kan???cuma perlu pakai track suit,t-shirt dan kasut sport saje.ala2 pakaian nk berbicara dgn alam..tiba2 teringat entri ini

ada 3 tahap untuk temu dan duga tersebut.sesi pertama adalah pemeriksaan anggota badan.tujuannya adalah untuk memastikan kami2 (bakal2 bomba) ni sehat belaka dan tiada cacat cela..

tahap kedua pula adalah pemeriksaan berat,tinggi dan penglihatan.setiap calon haruslah mempunyai berat badan minimum 46kg bg perempuan dan 48kg bg lelaki..tinggi plak 153cm bg perempuan dan 160cm bg lelaki..bagi calon yang tidak menepati kriteria tersebut akan disuruh balik tanpa perasaan belas dan kasihan.

ujian penglihatan ada 2 kategori.yang pertama jarak dekat(duduk sambil baca buku warna yang ditunjuk)ala macam test ujian memandu..ingat tak?macam ni haa


senang je kan..penemu dan duga tunjuk yang mana, sebut aje kuat2..okey selesai hat ni.NEXT!!

ujian penglihatan kedua ni plak kita berada lebih kurang 6 langkah dari papan huruf seperti di bwh

Agak jauh jugakla nak baca tu..penemu duga akan tunjuk huruf,dan kami(bakal2 bomba) akan sebut.berdasarkan gambar di atas agak kacang dan kulit kalo penemuduga tu tunjuk kat line 5 @ 6 kan..tapi jangkaan kami(bakal2 bomba) terutama aku meleset..mereka(ahli2 bomba) menunjuk pada line 7 dan 8.sudah tentu agak mustahil bagi aku yang rabun sedikit ni tuk melihat dan menjerit nombor bekenaan dgn mata bertutup sebelah.::nangess::

Seperti yang dijangkan aku tersekat sekat nak sebut huruf tersebut.tapi mereka(ahli2 bomba) memberi 3 peluang tuk sebut.tpi aku mengsia siakan peluang itu.(basuh muka 15kali pn xnmpk jgk)akhirnya aku surrender.aku angkat bendera putih tanda nak mengaku kalah.


tahap yang ke3 adalah ujian fizikal.ini adalah ujian kecerdasan fizikal kami(bakal2 bomba)..

"eh?"

aku tak tahu tahap ni sebab aku dah terkandas kat tahap ke2 tadi.jadi tak dapatla nk cerita.maaf ye.
.

sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top