Assalamualaikum...
Ke hadapan blog yang dikasihi,bagaimanakah keadaan anda?saya pasti anda sedang berduka lara pedih menghiris kalbu kerna sudah lama tidak diupdate.Saya juga pasti anda sedang marah dan merajuk sekarang dan terluka dengan sikap saya yang acuh tak acuh serta sambil lewa terhadap anda.Mesti anda merasakan saya tidak memahami anda.Biarlah saya jelaskan kenapa saya semakin menjauhkan diri dan kurang mengupdate anda wahai blog.Bukan niat saya..sumpah..tak terdetik disanubari nak melupakan anda apatah lagi menjauhkan diri.
Begini sebenarnya..hmmm..sejak kebelakangan ini,saya sering dihujani dengan kerja yang agak banyak dan ini menyukarkan saya untuk mengupdate anda wahai blog.disamping bos yang sentiasa lalu lalang dibelakang saya menyukarkan lagi kerja memonteng tulang saya.Harap anda faham dengan situasi saya sekarang.Selain itu,keadaan bilik pejabat yang sejuk seperti dalam peti ais ini juga menyukarkan saya.Anda nak tahu kenapa?...kerana apabila badan menjadi sejuk secara automatik jemari-jemari saya menjafi (tengok dah salah eja dah,sejuk sangat ni malas nak backspace dah) kaku dan kesukaran untuk saya menaip pada kibod yang comel ini.
Bukan jari-jemari saja yang mengkakukan diri malahan otan,eh otak ( maafkan saya ) juga turuk mengekori jejak jari jemari mengkaku jua.Dan sekali lagi secara automatiknya idea juga turut membeku.Saya tak tahu apa nak dicoretkan pada anda blog.Maafkan saya blog.Saya tahu saya bersalah telah mengabaikan anda sekian lama.Harap anda dapat memaafkan saya blog.Segala yang berlaku ini ada hikmahnya,percayalah bloh..(???..%^$$##@@!!) blog.Tak bererti saya mengabaikan anda saya tidak sayangkan anda..tidak tidak tidak..saya tetap sayangkan anda.
Sekarang anda fahamkan kenapa,saya harap dengan penjelasan ini dapat mengurangkan kedukaan dan kesedihan anda blog.Moga kita bertemu lagi nanti.Saya akan pastikan.Sekali lagi saya memohon maaf blog.
Sekian terima kasih
p/s : kenang daku dalam doamu