5

hobi beliau

aku tengok tv,dia pun kalut nak tengok tv.aku nk tgk kartun dia lg kalut nak tgk jugak.kendian aku beralih arah tengok kartun kat laptop plak.dia pun turut serta kalut.

hoihh!!..tgk tv sudahla.amboi amboi amboi.buruk beno pangai.ngikut sape agaknya.wtla keje berpekdah sket seperti tangkap tikus ke,cicak ker,gigit2 rumput ker.suka betul kamu tengok tv yer

rancangan tanyalah ustaz tu tau
kat laptop pun layan.his fav 'oggy'








haih..kucing kucing..

dah penat tgk tv..sambung tido
13

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

Tengah jalan2 ke blog orang,terbaca contest ni,rasa menarik je..rasa cam nak join je.hihihi

contest gambar tak nampak muka paling cool
panjang sungguh nama contest,hehehe.
nak tahu syarat penyertaan sila ke PENGANJUR




dan aku akan mempertaruhkan gambar ini


amacam?okay?
baiklah nak tag mereka plak

1- SIMPLE GURLZZZ
2-BLOG BUDAK MALAYSIA
3-..:: Tinta dan Memori ::..
jgn marah az yer?senyummm,nnt ekane bannje lolipop yer.hikss

selesai
11

25 Random Facts About Me Myself and I

selepas beberapa jam gigih membuat kerja,sesaje buka blog..terbaca "anda terpilih[link]",aku yang lurus bendul dan naif ni pun klik la.rupanya aku telah ditag oleh encik METzbujang
cis!! kene tag jugak..25 random facts about me myself and i??? 25?? T_T nape banyak beno??buhla 10 ke udahla.T_T

me,myself and i..not u

~nama saya ekane,org panggil ekane tpi dlm ic nma lain

~besday nak dekat dah 18 february 19ehem ehem

~ada 8 bradik,anak ke ehem ehem..okay okay bongsu

~sekarang bekeje kat ibu negeri perak,asal pun perak jgk,perak mali tarak sombong

~masa lapang suka dengar radio n jln2 cari pasal,tgok wayg pun suka jgk

~makanan??ermm..sume aku makan,tak caya?tanya kwn2 aku,aku tak der fav food bg aku sume my fav food,oh ya minuman aku suka nescafe a.k.a air kasih syg & carrot o suam

~single (org lain pun tgk sume tulis single aku pun tuleh single jgk)muahaha,ok siyes single.tak jumpe mr right lagi

~hepi go lucky strike orgnya,tak suka masam2 sedey2 nanti muka kne mamah usia

~aku elergic dan alahan kat org2 yg msg kat hp pendek2 ni spt 'ok', 'ooo','x'.rasa nak gigit2 hp bila dpt msg cmtu,tahula guna line.huh!!(eceh bru je ckp tak suka masam2,sebb tu ckp tak suka)

~suka gak masak tapi ikut mood n time n selera n barang dapo n duit n lain2.hihihihi,

~i suka kucing n animal2 yg lain yg tidak merbahaya

~aku suka gadget2 elektronik spt hp,speaker,laptop,ipad n nak blajar software2 yg tak thu tu

~aku tak gemar coklat(pelik kan?hahaha)sebab bila makan nnt lekat celah2 gigi..aku RIMAS,so jgn bg coklat ms besday aku nnt.

~brape dah ni?14?ermm ape lgi,aku simple je orangnya tak bnyak songeh bak kate roomate aku dulu 'hang ni senang bela la'.aku tak ckp mmbe aku yang ckp.

~layan sume lagu tak kira obersi ke tempatan ke,lama ke baru ke asal lagu tu best dan menepati citarasa halua telinga aku,rock,balada jazz jiwang pop rock irama malaysia nasyid suma layan

~teringin nak g ke holland satu ari nanti nak tgkap gmbo kat kincir air sambl tnjuk peace.of course nak g Mekah adalah yang paling dihajati

~aku dah jadi toksu dalam usia yg muda ini,sila tanya anak sedara aku untuk kepastian

~spesis brung antu yg susah nak tido mlm,walau letih tahap ultraman lwn raksasa pun aku tetap lewat tido.paling awal tido jam 1pg.tapi bangun seperti biasa okay..tak lewat

~aku kureng sket bermadah berhelah ,romantika boganvila suma ni,entahla tak tahu nape.*dapat bf jiwang karat ayt bunga2 novel baru tau*T_T oh tidak!

~aku suka bersukan jugak,dulu atlet wehh,skrg sekadar mengikuti je.kadang2 main badminton depan umah je ngn joging

~ aku suka kumpul keychain.kalo nak derma kilat keychain silalahh.(^_^)

~aku tak reti nak kejut org tgh tido,kalo kejut sekali tak bangun aku bia je.hihihi

~i luv my family yang ramai itu,meriah sgt.luv luv luv..wink!

~suka berangan cam orang lain jgk,angan2 tu semangat tau

~yess!! last sekali aku jarang update blog sebb takder idea sgt.

aku tetap aku bukan kau bukan dia bukan mereka bukan sesiapa


aku pun kne tag org jgk ker?kalo tak tag bleh dak?
tag jugakla

~KOnSpiRaSi HaLuSiNaSi™~ SIMPLE GURLZZZ~..:: Tinta dan Memori ::..~Happy 2gether
~Cerita Kedai Kopi~duan lang is bored..~C O Y S

tu je la kot,tak tahu nak tag sape dah,kalo dah jawab tinggal kan link anda di sini yer

4

banjar edukesyen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

selain bahasa melayu dan "english edukesyen" bahasa ape lg yg anda semua tahu.kat malaysia ni banyak sebenarnya bahasa2 asing yg kita tak tahu..setengah tu aderla thu.cthnye bahasa jawa,bahasa minangkabau,bahasa bugis dan lain2..tapi kt entry ni aku nak tekankan pd bahasa BANJAR..yaa.bahasa ape kawan2? bahasa banjar.kat msia ni ramai yg ader keturunan banjar tpi sesetengah tu tak tahu nk ckp,sesetengah plak phm ape yg dickp tpi tak reti ckp.

tapi aku layennnnnn..

aku memg dilahirkan dr keturunan banjar.so dr kecik lg mak ngn ayah dah speaking banjar ngan aku, kakak2 n abg2.so tak der mslh kalo nk ckp banjar ni.(kalo dr kecik ckp english mesti spm aku dpt A1 lantas menjdi pelajar terbaik bahasa inggeris T_T)okay abaikan spm yg dh berlalu tu

ramai kawan2 aku yg sruh ckp banjar konon2 nya nk dengar..tapi amat susah nak ckp kalau bukan dengan org banjar sendiri.kdg2 aku tipu kwn2 aku bila diorg tanya

"orang banjar ckp tingkap ape?"

dengan muka bangga,takbur,eksyen dan tanpa rasa bersalah aku jawab










"window"

hahahaha..padan muka korang kene tipu

kakak ipar aku pun selalu kene kelentong ngn abg aku bila dia tnya perkataan banjar

"abg,peragahan tu ape?"

"peragahan tu kuih yg dah basi"

semua org senyum2 masa ni,last2 mak aku yg bg thu maksud sebenar.sian kakk ipar tpi tak pe skrg dah makin terrer.syabas!!

okay2 untuk entri(kejap2 entry kejap2 entri,pttla English dapat 10) kali ni aku share ngn korang2 sume bahasa banjar dalam anggota badan & binatang


*credit to FB Kulaan Banjar Kerian*

Bahasa banjar ni selalunya banyak guna huruf 'a','u' dan 'h'.Misalnya

kening = kaning
muka = muha

aku bagi lgi contoh ayat

"sariknya aku nireng muhanya,kade em mate pruna rupaan"

maksudnya

"bencinya aku tengok muka dia,takla lawa sangat"

kalau ader yang tak phm dr gambar kat atas nun,blehla tanya.ewahh cam kelas tusyen plak .Next entry tentang nama2 sayuran plak ke @ bende2 ke @ ape2 je.Anda tentukan!!Dan kalau korang tahu bahasa lain leh share.korang wt entri cmni jgk @ lg best,kasi link nnt aku share kan kat entry aku link bahasa korang tu.kalau nk linkkan entry aku ni pun tak pe.i'm okay,nak blaja ape salahnya ye dak?tak le kene tipu dek kwn2.

sekian..

*motip entri : ramai orang banjar yg tak tahu ckp banjar tambah2 yg muda2 ni.takut nnt dilupakan bahasa tu ,sbg seorang yg berketurunan banjar aku berasa sgt sedey!!*
6

otak di lutut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

haihhh..pagi2 lagi dah mengeluh,mengeluh dgn sikap sesetengah manusia yg takder hati dan perasaan ni.paling menyedihkan dgn binatang plak tu.ish ish kesian dgn orang2 yg cam gini.
otak letak kat lutut @ mn2 anggota lain gamaknya.tu yg tak leh pikir tu.

Sian kucing aku kat rumah tu..dah bermisai kontot,sape la yang durjana tahap langit ke 7 yang gunting misai dia.kalo iyer pun marahkan kucing@tuan kucing sekali pun jgnla diapa apakan kucing tu,cukupla jentik telinga ke,tepuk ponggong ke.tak payahla sampai nak mencacatkan binatang tu.udah kurang deria kucing tu.

dan suspek utama dah ada SEBAB hanya dia saje yg ada di rumah,orang lain semuanya bekerja(masa kejadian adalah pd 20 Jan 2011 a.k.a semalam).so ms ni la ambil peluang nk lunyaikan kucing tu.kalo aku ada memg tak beranila nak wt cmtu.takpela orang mcm ni tak leh kate ape,agaknya kurang kasih syg tu jdi cmtu.

Tuhan tu Maha Kuasa lagi Mengetahui.skrg ni tak payah tunggu akhirat, kat dunia tuhan dah bg pembalasan.
sian nengoknya

sedih je muka.elelele cian


*untuk renungan
dalam binatang tiada manusia
tapi...
dalam manusia ada binatang

4

baik @ jahat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pernahkah anda diekori?? Pernahkah anda ditahan & disapa oleh orang yang tidak dikenali?? Pernahkah anda berasa suspen?? pernahkah ??

tak pernah??? eeeee tak adventure nya hidup..

Rakyat Malaysia ni bagus-bagus belaka..ramah tamah semuanya.senyuman tak lekang dibibir,bertegur sape tak kira kenal @ tak..jumpe makcik kat bus stop pun tegur

"nak ke mana ni makcik?"

"ke pasar beli ikan,anak nak ke pasar jugak ker?"

"takla nak ke shoping kompleks ber bla bla bla bla...." ( xperlu sambung,xpenting)

Tapi AWAS!! ye kene hurup beso,berwarna merah & bold perkataan awas tu baru nampak cam garang sket.okay diulang AWAS!!sesetengah orang menegur kita kerna mempunyai niat tertentu samada baik @ buruk..kalau baik alhamdulillah tetapi kalau berniat buruk anda harus berhati-hati.bagaimana nak tahu orang yang tidak dikenali menegur kita berniat baik @ buruk??bg pendapat saya ia bergantung kepada

1- six sense (kalau rasa org tu baik ok.tapi jangan tertipu dgn luaran.kadang2 muka baik tapi jahat nak mam***)
2- keadaan sekitar & tingkah laku org itu(maksudnya peka pada cerita2 dr org lain,di sini sikap jg tepi kain orang sedikit sebanyak dapat membantu) kenapa? ini jawapannya..

Di ambil dari kisah benar sebenar benarnya tiada yg benar melainkan benar belaka

6.30pm Isnin

Seorang gadis sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat,sedang berjalan kemudian dia disapa oleh seorang lelaki lingkungan usia 35-45tahun,kurus,berbaju hitam dan membawa helmet.

"adik,tumpang tanya bleh?"

"bleh"

"pakcik selalu nampak adik lalu kat sini"

"aha kenapa?"

"tak pakcik selalu nampak,sebab muka adik ni ya Allah sebiji macam muka arwah anak pakcik,sama betul.."

"........" ( sedang berfikir & flashback sesuatu)
"yeke..ermm tapi pakcik saya dah lambat ni,saya ada hal"

"anak ni umo brape?"

"20 tahun "

"boleh tak kalau pakcik nak ambil anak ni jadi anak angkat pakcik sebab muka sama dgn arwah anak pakcik?"

"tak pela kot pakcik,tak payahla"

"owh okay.tima kasih yer"

Gadis itu pun kembali meneruskan perjalanan.Apabila gadis ini menoleh ke belakang didapati lelaki itu seperti mengekorinya.Lalu gadis itu mengambil inisiatif masuk ke dalam kedai runcit lalu membeli barang sambil melengahkan masa.Setelah 10-15minit,gadis itu pun keluar.Lelaki berkenaan sudah tidak kelihatan lagi.Gadis itu segera mempercepatkan langkahnya pulang ke rumah.

Dari cerita di atas tak ade ape2 yang menunjukkan perkara perkara aneh berlaku cuma si gadis itu merasakan lelaki itu seperti mengekorinya saja.tapi tak tahu la betul ke tidak @ gadis tu je yang suspen terlebih.tapi perhatikan dalam perbualan gadis dgn pakcik tu yang biru dan diboldkan

["........" ( sedang berfikir & flashback sesuatu)]

perkataan yang harus ditekankan adalah flashback ye kawan2

********

bersambung


0

raga

ada benda baru yang menarik perhatiannya.mula-mula terasa pelik dan curiga.macam dalam fikiran tu fikir "ape bende ni?"..hampir 10minit diamatinya.tengok dari luar,mencuba untuk masuk ke ruangan dalam."oh nampak menarik" katanya dalam hati barangkali.

Lalu selepas beberapa ketika dia merebahkan badannya,bergolek ke kiri ke kanan.bila terasa selesa lalu memejamkan matanya.

Selang beberapa minit

"amboii!!sedapnya tidoq..wah wah wah!!,kluar2!!"

Lalu dia membuka mata dan melihat ke arah suara itu sambil meminta belas kasihan
"best dok dalam ni,janganla suruh keluar,please!! please!!!" katanya dalam hati barangkali

apabila tiada apa2 tindakan yang diambil terhadapnya lalu dia kembali memejamkan mata dan lena diulit mimpi
*********
cerita bergambar

(1)
apabila terlihat benda baru

(2)

terjaga dari tidur setelah dijerkah

(3)

membuat muka kesian supaya tidak diuruh keluar

(4)

setelah tiada apa2 tindakan di ambil


14

bukan hantu kak limah yang balik rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PARIT BUNTAR,November - Penduduk taman di Parit Buntar dan sekitar kampung-kampung di Kuala Kurau dikejutkan dengan jelmaan 'Pocong' yang sering memperlihatkan dirinya di waktu malam dan mengganggu penduduk-penduduk di situ.Menurut salah seorang penduduk di situ 'pocong' tersebut merupakan seorang bidan dan tukang urut yang baru meninggal dunia beberapa minggu yang lepas.Menurutnya lagi 'pocong' tersebut mengganggu pesakit-pesakit yang pernah berjumpa dengannya.Entiti tersebut juga mengganggu mereka-mereka yang memandikan mayatnya.

Menurut keterangan saksi

Man Brutal(bukan nama sebenar)
"Masa tu gua tengah lepak2 main gitar ngan 5orang membe2 gua,tengah main lagu sejati.tengah seronok nya feel tiba2 membe gua tegur 'sape sebelah lu man?'bila gua toleh je gua nampak bebungkus je,apa lagi gua terus cabut lari tak pandang belakang dah.tapi gua nyesal gua tinggal gitar gua kat sana.harap tak di apa2 kan gitar gua tu.sekarang geng2 gua tak berani la lepak kat situ dah.gua lepak rumah je"

Lebai Tok(peniaga warung makanan)
"Sesejak pocong tu timbul,malam2 sunyi je kt kg ni..kat warung makan ni pun dah kurang yang datang.Budak2 melepak pun dah takder nampak.depa takut jumpa dengan pocong tu.bisnes tok pun dah merosot.selalu buka sampai kul1 pagi,tapi lepas je berita pocong ni pukul 9mlm dah tutup,kadang2 kul8 tok dah tutup."

Mak Esah(tukang jahit-juga bukan nama sebenar)
"Sape yang pernah berurut dengan 'dia' mesti kena kacau,ada yang kene ketuk pintu rumahla,bunyi macam guli jatuh atas bumbungla.Dengar cite jugak dia tu dulu ada 'yang tu'.sebelum meninggal tak sempat nak buang,tu yang melilau cari sape2 yg pernah berubat.eee seram makcik dengarnya.mujurla tak pernah berurut dengan dia.selalu makan panadol extend je kalau sakit2 tulang,takpun guna emeltz yoko yoko suami makcik beli kat pekan nun."

Danial(berumur 8tahun)
"mak tak bagi dah main senja2.mak kate nanti pocong join main sekali.ok nak balik dah babai kakak"

Kejadian yang hampir sebulan berlaku di kawasan tersebut kini beransur pulih namun aktiviti-aktiviti di waktu malam tidak lagi semeriah dahulu kerana takut pocong tersebut akan mengganggu mereka.

Sekian salam hormat.

*p/s:ini adalah dari cerita sebenar yang melanda kg saya tetapi telah diubah suai supaya tidak kelihatan seram dan menakutkan

p/s : gambar tak berani nak letak takut nanti anda terbayang-bayang..(baik kan saya (^_^) )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top