12

summary two thousand ten

JANUARY
-berpindah ke rumah "baru"setelah di flying kick(auta) oleh tuan rumah
-bertemu rakan "serumah baru"(cantik luaran tapi hodoh dalaman)
-tukar layout blog

FEBRUARY
-my birthday (^_^) of course
-balik kampung
-masih layout sama

MARCH
-kurang bercakap,menjadi pendiam(serius tak tipu)

APRIL
-pegi holiday kat pangkor
-jumpe ramai kawan baru
-duit dah berkurang sebab dah g holiday

MAY
-pindah rumah lagi(dah jadi aktiviti dwi tahunan dh rasa T_T )
-mulai bermata empat
-sultan azlah shah cup
-bye bye to him

JUNE
-worldcup fever (meraung atas kekalahan Italy)
-aktiviti melihat skrin besar secara beramai-ramai makin selalu
-pergi kenduri kawen kawan2
-tukar layout blog lagi

JULY
-jumpe pengarang jantung,penghibur dikala duka @ kucing
-berkelah di chepor(soalan:penganjur bila nk buat lg aktiviti ini?)

AUGUST
-berpuasa di bulan Ramadhan
-dapat naik pangkat dari maksu kepada toksu..terasa tua w/pun masih belia,thnks ank sedaraku,cute cucu toksu
-dapat surat interview

SEPTEMBER
-sambut hari raya secara sederhana dan ala kadar
-pergi open house kawan2
-pergi interview
-gagal interview

OCTOBER
-jumpa mamat misteri a.k.a psycho man
-beli hp baru

NOVEMBER
-pergi kenduri lagi,dapat anak sedara ipar baru lg
-berhari raya korban di opis T_T
-ayah housemate meninggal dunia
-banyak menghabiskan masa di rumah a.k.a sedang prektis menjadi gadis solehah(serius tak bohong)

DECEMBER
-musim kenduri kawen kawan2
-dapat panggilan interview lagi
-pegi interview
-Malaysia menang Piala AFF Suzuki
-my best friend selamat bersalin baby sulung
-END-


WELCOME TWO THOUSAND ELEVEN


6

Gol !! Gol!! Gol!!

huishh..dah berabad tak update blog..kalau adala anugerah blogger paling lama tak update blog.aku rasa aku salah seorang yang akan tercalon..top 20 barangkali,tak pun top 10..entah-entah top 5!!perghhh.dasat.

okey stop!,udah2 la tu berangan.terimala hakikat ekane yang kau tu memang malas nak update blog.tak der masa,tak der idea,otak blank dan bla bla bla bla..tu suma alasan semata-mata.

back to normal

2 minggu terakhir sebelum tiba 2011 surat khabar,majalah,blog-blog,status2 fb,tweeter semua berkisar pasal bola.tak kira lelaki perempuan makcik pakcik atok nenek bebudak sumenya pasal bola(ceh memandai je aku tambah2).semuanya gara-gara Piala AFF Suzuki 2010 yang mana telah menobatkan Malaysia sebagai JUARA setelah menumpaskan Indonesia dengan aggreget 4-2.Dari peringkat kumpulan sampaila ke final,cerita pasukan bola sepak Malaysia meniti dibibir -bibir peminat.(T_T ayat bahasa melayu skema sungguh)

Rumah aku pn dah jadi macam stadium gayanya..menjerit2 bagi semangat.yela nama pun bg semangat harusla jerit2 ye dak?.Tambah2 bila Malaysia score,riuh yang amat,bukan satu rumah je occay..banyak-banyak rumah tau riuh.Mana ada moral support duduk diam2 berpeluk tubuh.kan?

Memang mendebarkan la game final,tambah-tambah 4minit terakhir, rasa lambat sungguh referee omputih tu tiup wisel penamat.Bila dia dah tiup apa lagi melompat kegirangan la.no no no!!kegirangan tak berhenti di situ,ada lagi kegirangan yang lebih menarik.ha ha ha ha,ape die?tunggu..ke korang semua dah tahu..

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemain-pemain Malaysia,jurulatih K.Rajagopal dan pihak-pihak yang terlibat.Anda semua membanggakan Malaysia..Tahniah juga kepada semua penyokong yang memberikan moral support(termasuk diri sendiri..tahniah ekane!!)

Sekian..

ops!! lupa plak nak sambung cerita kegirangan tadi..nahh!!

diambil dari keratan utusan malaysia online

*kalo tak clear sila klik okeh*
7

ketawa @ nanges

masa kejadian : 1635 ( guna sistem 24jam la bru english edukesyen)
tarikh : 22 Dec 2010

barang baru sampai..semua kerja checking dah selesai.hanya nak packing dan hantar je lagi.tiba2 baru prasan plastic courier tak cukup..so call courier suruh datang ambik dokumen dan sekaligus anta plastic bag.

"hello.."

"hello,ye boleh saya bantu?"

"ye..saya dari ********,saya ada dokumen yer nak anta."

"oh..baik cik,sebentar lagi pekerja kami sampai."

"ada lagi,tolong antakan sekali 3 packet plastic bags yer"

"ok cik"
"terima kasih."

tak lama kemudian sampaila orang courier ni.aku bagi dokumen yg nak anta.

"eh mana plastic bag?"

"ini plastic bag yang mintak tadi"

"?????...(T_T)"

yang aku mintak


tapi yang di hantar



rasa nak (T_T) .aku pun bawak la plastic bag 3 *****(tak sanggup nak taip) tu naik atas dgn hati yg hampa,remuk dan hancur berkecai.oh!!di manakah silapnya..
4

selamat menyambut 1 muharram 1432H

sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru..cepat betul masa berlalu.esok dah 1 Muharram,bermulalah kalendar baru dalam Islam.apa azam tahun ni yer..ermm..dulu masa kecik2 suka sungguh nyanyi lagu ni..mesti korang pun sama kan??

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

tapi jangan nyanyi je bersemangat,tapi habuk ape pun tarak..part yang dihijaukan tu yang paling best sebb kene tarik tinggi pastu ada suara latar sambung kat perkataan akhir dan part tu jugaklah yang memberikan maksud hijrah yang sebenar.."perjuangan,pengorbanan,persaudaraan&perpaduan" tak gitu kawan2??bagi aku la.Azam aku pada tahun ni,laksanakan kehidupan dgn lebih baik dan moga2 diredhai Allah.Amin..(perghhh.dasat azam (T_T))



*aku kene kerja pada 1 Muharram,pengorbanan jugak tu kan (T_T)

Salam Maal Hijrah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top