0

kepak kepak kebum kebum kebum..!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera



mula-mula nak ucapkan selamat pengantin baru kat 
Eja & Hasbullah serta Shima & Shahrul..
yang telah berlangsung pada 22/12/12 yg lepas..
Berseri seri muka cikja,seronok la tu kawen.keh keh keh


 sweet je eja ngn husband


 Gambo Shima ngn husband tak sempat nk snap

 ambik kau eja..aku candid gambo hang.hahaha

Tahniah Eja !!

Aku?? TIada dalam gambar

Sekian...
0

durian durian!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


kome tau idak skrg ni musim deghoyan? eceh tetiba sepiking perak plak.
tapi betul kan..tgk je kt tepi2 jalan mesti ada org jual durian ni.
ada yang selonggok lima ringgit,sepuluh ringgit.ada yg pakai kilo.

kebetulan dekat dengan opis ni ada kg yang byk menanam pokok durian ni
di Ijok Selama Perak.makanya mereka mengadakan jamuan makan durian di
sana.aku pun tak pernah jejak kaki ke situ.first time datang situ.

meriah sungguh habaq hang..macam2 aktiviti diorg wat..aku sempatla
menjamah beberapa ulas durian..rambutan..langsat..manggis..kembung perut
tak terkata..mlm2 jenuh berkipas kepanasan.rasa nak tidoq dalam peti ais je

tgk betapa kusyuk dan tawadduk nya mereka2 menikmati durian 




 pulut doyan woi..tapi tak makan pulut..nnt mengantuk..hahaha alasan zaman paleolitik





 pertandingan membuat piramid dari kulit durian


gambar tiada kaitan dgn durian.ni kolam ikan yang ada kat kg ni

Makan durian tidak tamat di situ,Penghulu dan ketua kampung plak bagi berbungkus bungkus rambutan,durian jangan katala..penuh van.kempen makan durian disambung di rumah plak.aku makan dua biji durian seorang diri diulang seorg diri sekali lagi..seorang diri!

bangun-bangun pagi pening kepala,hahaha..habuannya..
kepala aku masih pening semasa menaip entry ni.. T-T


Sekian terima kasih

4

mengantuknyaaaaa!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


dikala aku sedang menaip entry ni..aku mengantuk ditahap yang
maksima teramat amat sangat.oleh yg demikian jikalau ada ketypoan 
berlaku,maafkan diriku yg hina ini..sesungguhnya aku tak berdaya
nak menahan mata ni lagi..

tentu anda semua pernah merasa mengantuk kan?kan?kan?membohongla
kalau tak pernah rasa mengantuk kat opis,kelas,dalam bas,panggung wayang,
ceramah,toilet(kronik dah kalo ngntuk dlm toilet)


disini aku cadangkan beberapa langkat langkah/cara bagi menghilangkan rasa
mengantuk..mari kita lihattt..

taraaaa!!!


(1)
Tuzki Bunny Emoticon
tarik nafas..lepasss..tarikk..lepas..(ulang 8x yer)



(2)
Tuzki Bunny Emoticon
kemudian wt regangan leher..pusing ikut arah lwn jam.slow2 yer kwn2



(3)
Tuzki Bunny Emoticon
ni untuk senaman bahu..gerakan bahu spt tarian hantu muncul



(4)
Tuzki Bunny Emoticon
tadi bahu skrg tuk tangan plak.kita wt secara slow motion yer..muka jgn lupa mainkan peranan yer



(5)
Tuzki Bunny Emoticon
sama spt langkah ke4,tapi yg ni kene gerakkan pinggang sekali..ke kiri dan ke kanan.pusing2,gerak kiri kanan.(ulang sampai longgar pinggang)



(6)
Tuzki Bunny Emoticon
senaman ini dipanggil senaman mahu terbang tapi malas



(7)
Tuzki Bunny Emoticon
ini senaman punggung dan kaki.mcm org joging jln laju.yeahh gelek gelak!



(8)
Tuzki Bunny Emoticon
buat pusingan yg sama..dan diakhiri dgn gaya action kamen.atau gaya2 lain 
sesuka ati  andalah


kalau anda masih mengantuk jugak praktikkan senaman ini



(1)
Tuzki Bunny Emoticon
letak kan atas kepala di dinding dan pusingkan kepala spt nak gerudi dinding.jgn lupa tgn jua harus digerakkan.utk lebih berkesan  tonyoh dgn muka



(2)
Tuzki Bunny Emoticon
dipanggil senaman mengamuk separa longlai..kene ringankan badan tuk wat senaman 
ni tau..



(3)
Tuzki Bunny Emoticon
ini langkah ekstrem sket..pastikan anda kena yakin kalau nak wat senaman ni..mungkin cara ni mengantuk anda akan hilang?hmmmm


Anda akan merasa kepuasan selepas melakukan senaman2 ini dan dan dan...akan hilang mengantuk..Tuzki Bunny Emoticon yeaahh!!!


selamat mencubaa



Sekian terima kasih


2

AIdilfitri 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Yaa kita bersua tulisan lagi..arini aku nak update pasal raya hari tu bleh?
dah nak abis syawal baru nak update.kuih raya,krepek,duit raya dh abis 
baru nak update..'so lame' la u ekane.

ah lame tak lame ,pedulik ape.aku nak update jugak..keh keh keh!!
macam raya-raya sebelum ni.pagi-pagi sebelum g semayang raya makan dulu
sampai kenyang..ye sampai kenyang.aku tak tipu.

Balik semayang raya makan lagi.aku rasa entry ni penuh dengan perkataan
makan je..lepas makan g umah maksu sebelah umah dan MAKAN lagi..kendian
ziarah pusara arwah abah.we miss u abah *lari ambik tisu sat*

balik2 je dah ada yang berkunjung ke rumah.dan dari saat tu tak putus putus
orang datang ke rumah.tak menang tgn aku dibuatnya.okay bukan aku sorang
je,semua sekali la..best plak lagu 'aku suka dia ainan tasneem' ni.layan 
sambil taip entry ok gak..hoihhh!! fokus fokus!! maafkan saya,lagu ainan
tasneem tgh berkemundang berkumandang.

kat mana kita tadi.ye orang berkunjung..kami jemu jamu,diorang makan,
kami jamu diorang makan..sampai aku tak sempat nak tengok tibi bak hang.
tapi normal la kan.nama pun hari raya.waktu ni la nak menziarahi sanak
saudara kan.sanak tak saudara pun leh gak ziarah.

tapi yang best raya kali ni adalah gelagat my grandniece..ye grandniece.
aku dah ada cucu okay.gelagat si kecik (zuyyin namanya) ni mmg wat aku 
gelak je manjang dan aku suka sakat dia.muahahahah..aku toksu yang kejam


aku : oii!! mintak sket biskut tu
zuyin : takyehh!! ( sambil sorok tangan yg pegang biskut kt belakang + senyum)
aku : mintak la sket...
zuyyin: tak yehh!!
aku : kedekut la zuyyin ni..

sekarang ni pun bila aku panggil oii kt dia ,dia ooii balik kat aku.
tapi suara dia lebih comel la..cepat betul belajar..
mamposla kalo anak sedara aku tanya sape yg ajo "ooii" ni.kikikiki



aksi yang sempat aku rakam.kikiiki



2

Raya 2012


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hendak ke pasar membeli ikan
Membeli ikan pada Ah Kwan
Semua kerja dah abes dibereskan
Apa lagi jom balik kampung kengkawan


Dari Ipoh pergi ke Kelang
Dibawa bersama kuih loyang
Rancang perjalanan sebelum pulang
Agar dapat bertemu orang yg tersayang


Ke bazar ramadhan membeli kuaci
Terjumpa Meah ketika membeli
Tingkap ditutup pintu dikunci
Barulah rumah tak masuk dek pencuri


Mak-mak bermain mercun
Mercun dimain hingga ke pagi
Salah dan silap harap diampun
Moga ikatan silaturrahim kekal abadi 



MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sekian terima kasih
2

wordless day

Assalamualaikum serta selamat sejahtera




kredit to encik google




Sekian terima kasih
0

Sesekali ku rasa teringinnnnn...


Assalamualaikum serta selamat sejahtera



Semalam sudah pastinya ramai yang beratur nak dapatkan aiskrim free Baskin 
Robbins kan?.dengar cite sebelum kul8 lg org dah start beratur.betul ker??abis
yang puasa tu berbuka sambil beratur eh?.siap2 kurma dalam poket.Azan 
maghrib je makan kurma kendian sambung beratur balik.best!best!

aku??

kat tempat aku ni takder baskin robbins *mata berkaca-kaca*
kalau ada pun kene g penang.huhuhu..tapi keinginan nak makan aiskrim tu
takderla membara sangat.jadinya aku endah tak endah je offeran baskin 
robbins tu.keh keh keh.

pagi ni sesaje la blogwalking,kendian terbacala pasal baskin robbins bg 
aiskrim free ni.kendian lagi tangan ni plak gatal pi buka website baskin 
robbins.kekunun saseje nak tengok je..

nahh sekali keluar....







meleleh air liur tengok wei.tetambah bulan puasa ni..sabar sabar sabar..
puasa puasa..dugaan dugaan..jangan tengok lelama nnt timbul rasa keinginan.
okeh tutup tutup!!

but it's too late kata omputeh,keinginan tu dah membuak-buak nak makan aiskrim 
baskin robbins ni.susah bila dah teringin ni.orang mengandung pun kalah.
Jadinya akan ku cuba dapatkan aiskrim ni nanti.tengoklaaa!!





moral of the day: bulan puasa jangan tengok benda-benda makanan terlalu lama,nnt teringin,tengok pokok bunga pun leh jadi menyelerakan tahu.


Sekian terima kasih

2

Sadis sesadis sadisnya


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


hai.*dengan nada sedih* tahu nape sedih?tahu?tak tahu kan?
sedih melihat kedaifan henpon aku ni nan satu.udah tecabut skrinnya.
dah pelekat salotep pun tecabut balik.sadisnya rasa dihati iniiiiii..
bila la leh aku tukar henpon baru ni.niat dihati memang nak beli 
tapi...*kemam bibir*  T-T

anda nilaila sendiri seorang perempuan membawa henpon yang isk!isk!isk!..
tak sanggup nak taip bagi abis.



sekian coretan luahan rasa hati kecil saya ini


sekian terima kasih


0

Berbuka di luar


Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Alhamdulillah arini dah 11 ari kita semua berpuasa.dok tak dok dah nak 
masuk bulan ogos.kejap je dah nak setahun.sepanjang puasa ni setakat aku 
cume berbuka di rumah sewa ,di rumah kampung,kemudian di rumah sewa 
kembali,di rumah kampung..eh bila nak abis cmtu.tapi..tapi..haa ada tapi
tidak pada tanggal 27hb julai yakni minggu lepas,aku berbuka puasa di 
luar..hooorayyy!! hip hip!! hooray!


eleh kau baru sekali buka puasa luar dh kecoh..ya sebab sekali la aku kecoh 
kalau banyak-banyak kali aku tak brape nak kecoh sgt.keh keh keh.


tempat aku berbuka puasa sekali tu tak jauh mana pun di taiping je.
di restoran asam pedas.


*kredit to orangkecilorangbesar.blogspot.com*




lepas balik kerja aku terus gerak g ambik nina kt batu kurau.mula-mula ingat 
ambik dia kat rumah sekali nina call


"kekin ambik nina kat tepi jalan,lepas sekolah *aku tak ingat nama sekolah tu*


aku pun ok kan aje tanpa byk songeh dan soalan.bila dan smpai tak nmpk
pun kelibat si nina ni.."ni nak hangin ni!!" hati kecil ku berkata.lantas 
terus call nina tanya dia sekolah katner.tak lama tu baru nampak kelibat
si nina ni..kami pun meneruskan perjalan mencari lokasi nak berbuka


punyala eksaited nak berbuka kul6.30 dah sampai di lokasi.ambik kau..ape nak
wat..nganga jela tunggu smpai 7.30.sejam woii!lalu aku memberikan cadangan
bernas,


"kt depan tu ada bazar kan?jom g jalan-jalan dulu kt situ?"


kali ni nina plak yang ok kan je.jalan punya jalan aku berjaya membeli
popia tanpa ditaburi kacang.yesszaa!! akhirnya..dapat jugak makan


kul7.15 dah stat ambik lauk-lauk nak berbuka




nampak tak popia disebelah kanan tu,dlm plastik,nampak tak?

lepas berbuka nina ajak g taiping sentral.nak beli kasut katenya,pilih
punya pilih punya pilih punya pilih.dua pasang kasut berjaya dibeli oleh beliau
berikan tepukan pada nina...yeayyy!!
"amboi kemain beli kasut raya sampai dua pasang" bisik hati kecil aku.
keh..keh..keh..ampun nina..




sekian terima kasih
0

Salam Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera






Esok dan start puasa..moga ramadhan tahun ni membawa keberkatan kepada kita semua.amin..


Salam Ramadhan


Esok bgun pagi jangan plak cari bekfes


Sekian
0

Selingan 4


Sambungan dari selingan 3


"Sape anta mesej mak?" 


".............."


soalan masih tidak dijawab


"mak!! ooo mak!"


muka mak mula berubah seperti muka orang yang tak brani balik rumah
sebab fail exam.


"kau tengok mesej ni??sape yang dh perangkap mak?"


"mak telah dianiaya" muka yang pucat berubah menjadi sedih


ditelitinya mesej yang diberikan...diamatinya mesej tersebut betul-betul


tiba-tiba suara agak berang kedengaran


"ishh mak ni..perasan sungguhla,ni bukannya mak la"


mak mula terpinga-pinga mendengar statement yang diberikan anaknya itu


"ape pulak bukan,ko tengok betul-betul mesej tu.nama mak tu!!ko ni reti
baca ke tak reti baca??" suara sedikit kekecewaan.


Si anak yang malas melayan soalan maknya terus masuk ke bilik.sebelum 
membuka pintu bilik,dia sempat memberi pesanan ringkas pada maknya


"jangan percaya sangat mesej tu mak.menipu je sume tu" sambil menutup 
pintu bilik


mesej tersebut dibaca semula maknya


'ingin melihat saya,Rohani beraksi??sila ON LIHAT dan hantar ke 23355,
anda pasti berpuas hati'


"abis,ni mak nak ON ke tak ni??" 


"JANGAN!!" jerit si anak dari dalam bilik.


maknya ditinggalkan dalam kepingan-pingaan.

5

page 5 from 366

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

*entry tahun baru yang urban*

dah taon dua ribu doblas yer..x pasan pn..aqu ngat bulan doblas pun tak abis laie.pejam celiq pejam celiq dh abes 2011.skejap je kan.aqu harap taon ni taon y bez.dh normal kalo taon bawu jew mesti ade azam bawu.hmmm azam aqu taon ni ape ek? jap nak piqir...

aqu rasa taon ni nak kurank kan maqan.ecehh x bleh blah dowh azam..!!

nak jaohkan perbuatan lagha2 ni..puiii!!!..*hoiii aku siyess la*

DAN ...ehemm ehemmmm ehemmm..

moga taon ni taon yg barakah..amin..


seqian..



*aku ambik masa hampir 45minit taip entry pendek cm gini..teruknya T_T*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top