4

aktiviti-aktiviti raya

Malam raya

mlm ry ni besla..mcm2 la wt,msk aym mask merah,kari kerang,kari daging dll..tula aktibiti mak aku,aku ngn kakk aku..abg aku lak sibuk beperang a.k.a main meriam..ngalahkn anak dia main..bergegor dapur.ekeke..anak2 sedara aku lak aku tak bape pasti ape aktibiti diorg ni..muskel gk..korang nilai la sendri.hahaha

gantung barbie2 ni sume ngn tali ikat beg..aku tgk srupe witch plak..gntung kt leher lak tu..haiihh..

Tapi sekali pandang seram pun ada.ekekeke..

Pagi raya

Lepas mndi sunat aidilfitri..g smyg raya..balik umh makan2 sket pstu g ziarah kubur..stat ni la org dok dtg tak putus2..tpi sampai tghri umh aku sunyi sepi..xder org kt umh..mak g jenjln,kakk pun g jenjln,aku pun nk g jenjln gk..tak kn nk dok umh je guard..ishh xleh...petg tu kul7 bru blik umh..waaa raya sakan nmpknye.hehee.raya kedua pun cmtu gak,kul3 aku kuar umh kul7 bru blik..so aku tak tahu ape aktibiti kt umh.haahaha..

raya thn ni same je cm ry thn2 lepas cume satu je pelik sket..kt umh tu rs cm cyber cafe lak.sume pakat dok ngadap laptop je..dasat2.SEKIAN..

7

Lagi seminggu nk raya..hoorayyy!!!

Alhamdulillah,dh dekat sebulan dh pose..lg seminggu je nk rayaa.waa bes nyee..tak sabo nk balik kg,jumpe family,kwn2..ms ni la nk jumpe...mkn2.waaa bes bes.hehehee..insyaallah aku mula bercuti pada 19hb ni..pg2 subuh2 dh gerak balik kg takut jln jem..ecehh tpi numpang je pun..ptg sabtu tu lehla tolong2 mak aku ape yg ptt..sian plak.

nk shoping ry last minute bru bes..tpi nk beli ape ek..tak tahu lg..

Dikesempatan ini aku nk memohon ampun dan maaf jika ade melakukan kesalahan atau melukakan ati sesapa..maaf zahir dan batin..dan kepada yg berada di PERANTAUAN tu..selamat hari raya..ekekekek.mgkin suasana di sana tak semeriah di sini tpi tetap meriah gk kan.kn kn..hehehe..ingt2 la org yg ada kat Malaysia ni..(pttnye yg di perantauan sebut cm gitu.hehehe).

Moga Aidilfitri thn ni memberi sesuatu kepada kita..renung2 kn dan selamat beramal..hehhehe

RAYA DAH WEI...ho ho ho balik kampunggg!!!
10

persiapan hari raya 2009

lagi 2 minggu nk sambut raya..ape2 pun lum beli lg..secara ringkas nyee aku rumuskn persiapan aku tuk raya kali ini...


baju raya : tak der a.k.a mls nk beli..( sponsor dr bju mak )ekekeke

duit raya : yg ni aku dh bereskan..thn ni 50 posen sorg bebudak dpt.ekeke

kuih raya : kuih2 raya ni aku hanya menggunakan jari sahaja dan sedikit wang.

tiket bas : tuk balik ke kg on the spot beli..sama jgk tiket nk balik ke ipoh..
kalo abis,jwbnyee tumpang lori ikan jela..

ape lg persiapan ry..ermm tu je thn ni tema raya adalah RAYA ALA SANTAI...
2

amalan di bulan Ramadhan

PAGI


  1. Solat sunat Subuh dan fardu Subuh, kemudian wirid biasa serta doa sesudahnya


  2. Zikir

    • La Ilahaillahllah (sebanyak-banyaknya)

    • Allahu Akbar - Seratus kali sebelum naik matahari (tiada Tuhan melainkan Allah)

    • Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu Rasullullah, pada setiap saat dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah)

    • Tiada Tuhan melainkan Allah yang berkuasa memerintah yang sebenarnya lagi nyata)


  3. TASBIH: (100 kali dikurniakan sepuluh ribu kebajikan, dihapuskan sepuluh ribu kejahatan, diangkat sepuluh ribu darjat) (Maha suci Allah dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi lagi maha agung)


  4. SELAWAT : Sekurang-kurangnya 10 atau 100 kali

  5. SOLAT SUNAT

    • Solat sunat Isyraq

    • Solat sunat Dhuha

    • Solat sunat Tasbih dan

    • Membaca al-Quran

    • Membaca doa taubat 'Akasyah (memohon keampunan taubat dosa-dosa besar)


TENGAH HARI
Solat sunat Zuhur - Fardhu Zuhur - Sunat Zuhur serta doa

ISTIGHFAR:
(a) 70 kali/100 kali) (Aku memohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadNya)
(b) (70/100 kali: Pohon keampunan ibu bapa) (yang bermaksud: Tuhanku,ampunilah bagiku bagi dua ibubapaku dan rahmatilah keduanya sebagaimana mereka telah mendidik aku ketika kecil.
(c) (25 kali:wasiat Nabi kepada Saiyidina Ali supaya dikasihi Allah (Aku memohon keampunan kepada Allah yang maha agung bagiku dan bagi dua ibu bapaku dan bagi sekalian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat (lelaki dan perempuan) hidup dan mati)

PETANG
1. Solat Sunat Asar - Fardhu Asar - wirid/doa
2. Zikir (sebanyak yang boleh) Tiada Tuhan melainkan Allah
3.Tasbih yang bermasksud:
(a) Maha Suci Allah yang maha Tinggi
(b) (100 kali) dikasihi Tuhan dan berat timbangannya di akhirat. (Maha suci Allah yang maha agung)
4. Bertakbir (100 kali) amanah Nabi kepada Sayidina Ali sesudah senbahyang asar sebelum tenggelam matahari - setiap hari
5.Selawat: (10/100 kali)

MAGHRIB:

  • berbuka puasa - solat Maghrib dan sunat Maghrib

  • solat sunat Awwabin

  • membaca (50 atau 100 kali) menjadi pengadang dunia dan akhirat. (tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah yang maha agung)


ISYAK:

  • Solat sunat Isyak, fardu Isyak, sunat Isyak

  • Solat sunat Terawih, sunat witir

  • membaca al-Quran


TENGAH MALAM
Jam 12 malam atau 3.00 pagi hingga fajar Subuh

  • Solat sunat wuduk

  • Solat sunat Tahajud (dua atau empat atau enam atau lapan atau 12 rakaat) dan berdoa

  • Solat sunat hajat (memohon sesuatu hajat dan berdoa)

  • Berzikir (di dalam hati nurani/ingatan sebanyak-banyaknya).

  • Tasbih Istighfar (100 kali/70 kali). (Maha Suci Allah dan dengan segela kepujianNya maka suci Allah yang Maha Agung, aki mohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung dan aku bertaubat kepada-Nya).

  • Membaca tasbih dan zikir majmuk (sebanyak 100 kali). (Maha suci Allah dan segala kepujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Agung, tiada suatu daya dan kekuatan melainkan dengan Allah). Setelah masuk waktu Subuh dan setelah azan Subuh, solat sunat Subuh/fajar dua rakaat, sebelum solat Subuh (antara azan dan solat fardu Subuh). Bacalah istighfar tabih 100 kali dan kemudian berdoa, kerana ini termasuk waktu mustajab doa - antara azan Subuh dengan solat Subuh, iaitu bermaksud: bertasbih dan mohon keampunan (jika sempat waktunya). (Maha suci Allah dengan segala kepujiannya, maha suci Allah yang maha agung aku memohon keampunan kepada Allah yang maha Agung dan aku bertaubah kepada-Nya)


BERSEDEKAH:
Bersedekah setiap hari pada bulan Ramadan tinggi pahalanya kerana kelebihan dan kemuliaan bulan Ramadan.

Bersedekah pada bulan Ramadan menutup kesalahan puasa, diampunkan dosa , berlipat ganda pahalanya.

Dicurahkan rahmat Allah, dijauhkan dari azab neraka, didekatkan ke syurga, terjauh dari bala.


0

adab-adab di bulan puasa


  • 1 :Berbuka apabila sudah masuk waktu Maghrib. (dalil : 6) Sunnah berbuka adalah sebab :


    • Disegerakan yakni sebelum melaksanakan solat Maghrib dengan makanan yang ringan seperti kurma, air saja, setelah itu baru melaksanakan solat. (dalil : 2,3 dan 4)
    • Tetapi apabila makan malam sudah dihidangkan, maka terus dimakan, jangan solat dulu. (dalil: 6)


    • Setelah berbuka berdoa dengan doa sbb : Ertinya: Telah hilang rasa haus, dan menjadi basah semua urat-urat dan pahala tetap wujud insya-Allah. ( dalil : 5 )

  • 2 :Makan sahur. ( dalil : 7 dan 8 ) Adab-adab sahur:


    • Dilambatkan sampai akhir malam mendekati Subuh. (dalil 9 dan 10 )


    • Apabila pada tengah makan atau minum sahur lalu mendengar azan Subuh, maka sahur boleh diteruskan sampai selesai, tidak perlu dihentikan di tengah sahur karena sudah masuk waktu Subuh. (dalil 11 dan 12)

    • Imsak tidak ada sunnahnya dan tidak pernah diamalkan pada zaman sahabat maupun tabi'in.

  • 3 :Lebih bersifat dermawan (banyak memberi, banyak bersedekah, banyak menolong) dan banyak membaca al-quran ( dalil : 13 )

  • 4 :Menegakkan solat malam / solat Tarawih dengan berjemaah. Dan solat Tarawih ini lebih digiatkan lagi pada sepuluh malam terakhir (20 hb. sampai akhir Ramadan). (dalil: 14, 15 dan 16) Cara solat Tarawih adalah:

    • Dengan berjemaah. (dalil : 19 )
    • Tidak lebih dari sebelas rakaat yakni salam tiap dua rakaat dikerjakan empat kali, atau salam tiap empat rakaat dikerjakan dua kali dan ditutup dengan witir tiga rakaat. ( dalil : 17 )

    • Dibuka dengan dua rakaat yang ringan. (dalil : 18 )

    • Bacaan dalam witir : Rakaat pertama: Sabihisma Rabbika. Rakaat kedua: Qul yaa ayyuhal kafirun. Rakaat ketiga: Qulhuwallahu ahad. ( dalil : 21 )

    • Membaca doa qunut dalam solat witir. (dalil 22)

  • 5 :Berusaha menepati lailatul qadar pada sepuluh malam terakhir, terutama pada malam-malam ganjil. Bila dirasakan menepati lailatul qadar hendaklah lebih giat beribadah dan membaca: Ya Allah Engkaulah pengampun, suka kepada keampunan maka ampunilah aku. (dalil : 25 dan 26)

  • 6 :Mengerjakan iktikaf pada sepuluh malam terakhir. (dalil : 27 )

    Cara iktikaf:

    • Setelah solat Subuh lalu masuk ke tempat iktikaf di masjid. ( dalil 28 )

    • Tidak keluar dari tempat iktikaf kecuali ada keperluan yang mendesak. (dalil : 29 )

    • Tidak mencampuri istri dimasa iktikaf. (dalil: 30)

  • 7 :Mengerjakan umrah. ( dalil : 33 dan 34 )

  • 8 :Menjauhi perkataan dan perbuatan keji dan menjauhi pertengkaran. (dalil: 31 dan 32)
  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Back to Top