Assalamualaikum dan salam sejahtera.
PARIT BUNTAR,November - Penduduk taman di Parit Buntar dan sekitar kampung-kampung di Kuala Kurau dikejutkan dengan jelmaan 'Pocong' yang sering memperlihatkan dirinya di waktu malam dan mengganggu penduduk-penduduk di situ.Menurut salah seorang penduduk di situ 'pocong' tersebut merupakan seorang bidan dan tukang urut yang baru meninggal dunia beberapa minggu yang lepas.Menurutnya lagi 'pocong' tersebut mengganggu pesakit-pesakit yang pernah berjumpa dengannya.Entiti tersebut juga mengganggu mereka-mereka yang memandikan mayatnya.
Menurut keterangan saksi
Man Brutal(bukan nama sebenar)
"Masa tu gua tengah lepak2 main gitar ngan 5orang membe2 gua,tengah main lagu sejati.tengah seronok nya feel tiba2 membe gua tegur 'sape sebelah lu man?'bila gua toleh je gua nampak bebungkus je,apa lagi gua terus cabut lari tak pandang belakang dah.tapi gua nyesal gua tinggal gitar gua kat sana.harap tak di apa2 kan gitar gua tu.sekarang geng2 gua tak berani la lepak kat situ dah.gua lepak rumah je"
Lebai Tok(peniaga warung makanan)
"Sesejak pocong tu timbul,malam2 sunyi je kt kg ni..kat warung makan ni pun dah kurang yang datang.Budak2 melepak pun dah takder nampak.depa takut jumpa dengan pocong tu.bisnes tok pun dah merosot.selalu buka sampai kul1 pagi,tapi lepas je berita pocong ni pukul 9mlm dah tutup,kadang2 kul8 tok dah tutup."
Mak Esah(tukang jahit-juga bukan nama sebenar)
"Sape yang pernah berurut dengan 'dia' mesti kena kacau,ada yang kene ketuk pintu rumahla,bunyi macam guli jatuh atas bumbungla.Dengar cite jugak dia tu dulu ada 'yang tu'.sebelum meninggal tak sempat nak buang,tu yang melilau cari sape2 yg pernah berubat.eee seram makcik dengarnya.mujurla tak pernah berurut dengan dia.selalu makan panadol extend je kalau sakit2 tulang,takpun guna emeltz yoko yoko suami makcik beli kat pekan nun."
Danial(berumur 8tahun)
"mak tak bagi dah main senja2.mak kate nanti pocong join main sekali.ok nak balik dah babai kakak"
Kejadian yang hampir sebulan berlaku di kawasan tersebut kini beransur pulih namun aktiviti-aktiviti di waktu malam tidak lagi semeriah dahulu kerana takut pocong tersebut akan mengganggu mereka.
Sekian salam hormat.
*p/s:ini adalah dari cerita sebenar yang melanda kg saya tetapi telah diubah suai supaya tidak kelihatan seram dan menakutkan
p/s : gambar tak berani nak letak takut nanti anda terbayang-bayang..(baik kan saya (^_^) )
scammer is real
4 months ago
14 comments:
btol kerrr?????
nina : betul la..kecoh kat kg masa tu.
SJ ade dengar jugak..sbb rumate org PB... heheh..khamis ni SJ dtg PB....tkutnyww
SJ : hahaha tak tau haa tak tau...rasa dah takder kot.
ade kawan tnjuk video nya,,hahha SJ tamau tgk.tkt
SJ :oo video tu ada gk tgk tpi mcm bukn je sebb bahasa yg ckp tu bukan bahasa org kt situ.cam org indon je.
haa apa lagi, cer citer cer citer
berto : hahahaha..cite takat tu saje..dah tak berapa nk heboh dh skrg.mgkin dh lebih 100hari kot.
hahahha...sama plak cerita mcm dlm entry aku :p
baru-baru ni aku blk mcm dah ok skit..weh mak aku pegi urut dkt dia kot..huhu
shikin MS : hahaha.tersama lak.sebb kt kg pun kecoh gk ms tu..aku je ketinggalan..dh ok yer skrg alhamdulillah..
biar betik????
tapi siyes gaya penceritaan ni kelakar. setaraf cerita hantu mak limah balik je. hahahaha..
asada : memang betik asada.ehheeh.yeke?kira dh leh wt pilem la ni.hiks (^_^)
ingat kak limah yg datang
ekekeke
kak su : kak limah xdtg pn.hehehe
Post a Comment