4

baik @ jahat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pernahkah anda diekori?? Pernahkah anda ditahan & disapa oleh orang yang tidak dikenali?? Pernahkah anda berasa suspen?? pernahkah ??

tak pernah??? eeeee tak adventure nya hidup..

Rakyat Malaysia ni bagus-bagus belaka..ramah tamah semuanya.senyuman tak lekang dibibir,bertegur sape tak kira kenal @ tak..jumpe makcik kat bus stop pun tegur

"nak ke mana ni makcik?"

"ke pasar beli ikan,anak nak ke pasar jugak ker?"

"takla nak ke shoping kompleks ber bla bla bla bla...." ( xperlu sambung,xpenting)

Tapi AWAS!! ye kene hurup beso,berwarna merah & bold perkataan awas tu baru nampak cam garang sket.okay diulang AWAS!!sesetengah orang menegur kita kerna mempunyai niat tertentu samada baik @ buruk..kalau baik alhamdulillah tetapi kalau berniat buruk anda harus berhati-hati.bagaimana nak tahu orang yang tidak dikenali menegur kita berniat baik @ buruk??bg pendapat saya ia bergantung kepada

1- six sense (kalau rasa org tu baik ok.tapi jangan tertipu dgn luaran.kadang2 muka baik tapi jahat nak mam***)
2- keadaan sekitar & tingkah laku org itu(maksudnya peka pada cerita2 dr org lain,di sini sikap jg tepi kain orang sedikit sebanyak dapat membantu) kenapa? ini jawapannya..

Di ambil dari kisah benar sebenar benarnya tiada yg benar melainkan benar belaka

6.30pm Isnin

Seorang gadis sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat,sedang berjalan kemudian dia disapa oleh seorang lelaki lingkungan usia 35-45tahun,kurus,berbaju hitam dan membawa helmet.

"adik,tumpang tanya bleh?"

"bleh"

"pakcik selalu nampak adik lalu kat sini"

"aha kenapa?"

"tak pakcik selalu nampak,sebab muka adik ni ya Allah sebiji macam muka arwah anak pakcik,sama betul.."

"........" ( sedang berfikir & flashback sesuatu)
"yeke..ermm tapi pakcik saya dah lambat ni,saya ada hal"

"anak ni umo brape?"

"20 tahun "

"boleh tak kalau pakcik nak ambil anak ni jadi anak angkat pakcik sebab muka sama dgn arwah anak pakcik?"

"tak pela kot pakcik,tak payahla"

"owh okay.tima kasih yer"

Gadis itu pun kembali meneruskan perjalanan.Apabila gadis ini menoleh ke belakang didapati lelaki itu seperti mengekorinya.Lalu gadis itu mengambil inisiatif masuk ke dalam kedai runcit lalu membeli barang sambil melengahkan masa.Setelah 10-15minit,gadis itu pun keluar.Lelaki berkenaan sudah tidak kelihatan lagi.Gadis itu segera mempercepatkan langkahnya pulang ke rumah.

Dari cerita di atas tak ade ape2 yang menunjukkan perkara perkara aneh berlaku cuma si gadis itu merasakan lelaki itu seperti mengekorinya saja.tapi tak tahu la betul ke tidak @ gadis tu je yang suspen terlebih.tapi perhatikan dalam perbualan gadis dgn pakcik tu yang biru dan diboldkan

["........" ( sedang berfikir & flashback sesuatu)]

perkataan yang harus ditekankan adalah flashback ye kawan2

********

bersambung


4 comments:

gadis yang sepi said...

penipu je sume tu....aaaiiissshhhhh

ekane said...

tunggula sambungan..ish ish ish

geekz36 said...

ada apa dengan flashback ?

ekane said...

geek36: next entry..tunggu!!.kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top