5

hari raya aidiladha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


saya kembali bersiaran.terkejut kan?lagi sehari kita nak sambut hari raya aidiladha atau hari raya haji atau hari raya korban atau tak der atau dah.selalunya hari raya haji dikaitkan dengan orang-orang yang pegi menunaikan haji.sebut pasal haji ni mengingatkan aku pada hari mak ngn abah nak pegi haji dulu.




****skrin kabur2****




waktu tu aku baru berumur 5 tahun,tengok!betapa berdikarinya aku ..umur 5 tahun mak ngn abah g haji tinggaikan aku..aku siap hantarkan diorang g airport lagi.betapa berdikarinya aku disitu.

okeh ni part betul2 punya

sampai kat airport aku merengek nangeh-nangeh nak ikut naik kapal terbang jugak.lama jugak rasanya mak,abah kakak abg pujuk supaya aku tak ikut.macam2 tipu helah diorang gunakan tapi aku kan bijak tak termakan tipu helah diorang sume tu.keh keh keh!!

akhirnya aku terpedaya dengan tipu helah mak.yela masa kecik-kecik kita kan percaya kata-kata mak 100%.kata mak

"kalau nak ikut boleh tapi sume yang pegi ni kene cucuk dengan jarum besar kt tgn,dah cucuk baru leh naik kapal terbang"

aku bab bab cucuk atau jarum ni memang elergik.dulu laaaa sekarang dah ok dah.Oleh kerana tak mau dicucuk,aku tak dapat pegi.kiranya aku merelakan mak ngn abah naik kapal terbang tanpa aku.bagi menggembirakan aku yang bersedih ni,kakak belikan aku belon bentuk kapal terbang kale oren.

berjurai jurai ayaq mata tengok kapal terbang berlepas.sampai kat umah pun ayaq mata tak benti lagi berjurai.sedih bukan sebab mak ngn abah pegi haji tapi sedih sebab kene tinggai.aku dok kat beranda sambil peluk tiang beranda.kapal terbang belon kale oren tak lepas ditangan okey.

mata asyik tengok ke langit.yela mana nak tau ada yg mendarat nak pick up aku bawak sekali.bila ada kapal terbang lalu aku jerit

"mak ngan abah ada dalam tu!!!" sambil tangan lambai-lambai

aku rasa dalam dua tiga hari jugak aku berperangai tak senonoh tu.lepas tu aku kembali normal,kapal terbang oren entah ke mana aku campak,aku dapat terima hakikat kena tinggai,aku bermain spt kanak-kanak lain.

nak tahu sapa jaga aku waktu ketiadaan mak ngn abah?

kakak-kakak akula begilir2 jaga.kikikikii.sian diorang tapi apa nak buat.mak ngn abah dah amanah kan.

selamat hari raya aidiladha

sekian

5 comments:

gadis yang sepi said...

kui kui kui

azaias said...

ekaneeeee..!! selamat hri raya aidiladha..rinduuu nak bce celoteh kamo di blog..!! :D

ekane said...

nina : backhand kang

azren : azzzzzzzzz!! selamat hari raya jugak..miss u too three for paiv..

yua said...

da lama x jenguk si budak manis ni hehehe. haha kena tipu hidup2 cucuk jarum :P

ekane said...

yua : budak manis??awwwww..budak2 besala..asyik ditipu je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top