0

goreng pisang

Sedapnya makan pisang goreng panas dalam keadaan cuaca yg begini(cuaca : sejuk/mendung/suam2 kuku/dan lain lain).ditambah pula dgn air nescafe panas..perghhh!!sedap cakap lu..dulu masa kecik2 suka makan pisang goreng ni cecah ngn gula.korang makan camtu tak? ker aku je yg makan style macam tu?..by the way entry ni bukan nk cite pasal pisang goreng sebenarnya tpi nak cerita pasal lagu "Goreng pisang"..ala lagu permainan budak2 yang sambung perkataan akhir tu..mesti penah main kan?? tipula kalo korang ckp tak pernah.

"goreng pisang,goreng pisang,goreng pisang sekarang..
pisang apa,pisang apa,pisang apa sekarang..
pisang emas,pisang emas,pisang emas sekarang..
emas apa, emas apa, emas apa sekarang..
emas tulen,emas tulen,emas tulen sekarang..
tulen apa,tulen apa,tulen apa sekarang..
tulen cd,tulen cd,tulen cd sekarang..
cd apa,cd apa,cd apa sekarang"

*
sampai ada yang tak boleh sambungkan perkataan terakhir tu*
dan orang itu akan dikira kalah


game ni kene main 2 group@2 orang tapi yang pasti kene lebih dari sorang.takkan la nak nyanyi sorang2.sendiri tanya sendiri jawab..lagu ni dulu aku suka nyanyi dgn kawan2 smpaila ke besar(umo 18thn)umur sekarangla..hikss.okey tipu..bukan umur sekarang.kerana lagu ni jugakla salah sorang roommate aku(4 org satu bilik ms tu) nangis2 ngadu kat room sebelah kata tak bleh study disebabkan oleh '3 setan' dalam bilik dia nyanyi lagu goreng pisang dgn penuh semangat(maksudnya lontaran suara yang amat baik) pitching tak lari langsung.

dan selepas kejadian itu roommate tersebut telah berpindah ke 'room' yang lain bersama 'roommate' yang lain yang tak nyanyi lagu goreng pisang malam2.

pengajaran : jangan menyanyi kalau ada kawan/roommate/kakak/abang/ayah/nenek/atok dan sape2 lah yang tengah study..

*motif entry : saja saja





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top