10

cuti yang AGAK lama

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Apa kabar saudara dan saudari..diharap sehat2 hendaknya..sudah lama tidak bersua tulisan kan?(pejadah cm surat tidak rasmi budak darjah 4M sekolah *******)

okay

dah lama aku tak update blog tapi tapi tapi tapi..tak bermakna aku tak tengok langsung blog ni mahupun blog2 orang lain kayyyy.blog orang lain aku baca jugak.ye ye sama2 kasih(aku andaikan korang ucap terima kasih)

Minggu lepas sepatutnya aku kene g kursus selama seminggu.tpi oleh kerana sesuatu kejadian telah berlaku pada hari Ahad,aku tidak dpt menghadirkan diri ke kursus berkenaan.aku telah sahkan diri aku demam pada hari itu.Patutla hari sabtu tu aku rasa nak maki semua orang/binatang disebabkan ketidakupayaan badan.

Mak aku call abg aku suruh balik tengok keadaan aku,takut kene denggi katenya.Abg aku pun dgn penuh bergaya balik dgn membawa 'jarum2 hikmat' dan 3botol air.

"Nak masuk ayaq dak?" tanya abg aku

"tak payahla,mls tul nak cucuk2 ni" bisik hati aku je.

"Masuk ayaq la,ada jugak tenaga". mak aku memberi pendapat a.k.a perintah

T_T

Abg aku pun cucuk tgn kiri.tup tup plak air tak masuk.cabut balik jarum

"kita try tgn kanan plak".kata abg aku

waaaaa! bleh plak try2..kalo tak bleh nk try kt mn plak.Cucuk blah kanan..Alhamdulillah air masuk.Dan petang itu aku rasa mcm dok spital je.ramai betul org2 kg (makcik2) dtg melawat.waa popular jugak aku ni yer.mgkin sebb aku ni sopan santun dan murah senyuman agaknya.*pengsan + hidung berdarah*

sangkut kat paku tingkap saje.curlazz

Dan petang itu jugak mak aku menjalani 'kursus kemisian' secara singkat dari abg aku.cara nak tukaq botol ayaq dan mencabut wayar dari tgn aku.petang itu berlalu dgn tenang dan damai.

Jam 9.00 malam,masa untuk menukar botol air yg ke3.misi cucuk botol ke3 dgn bantuan aku sekali.semua dah ok tpi air dlm botol tak mengalir..dan wayar kat tangan aku dah mula berdarah sebb air tak jalan.misi dah kelam kabut dah.aku lgila kalut darah kluar kt wayar dgn jayanya.Last2 keadaan kembali tenang setelah air mengalir lancar.

Jam 1 pagi,acara mencabut wayar dari tgn..misi dgn pantas mencabut botol terakhir.aku plak terkial kial cabut plaster kat tgn,kuat beno plasternya..byk plak tu.sambil dibantu misi yg baru jg dr tido.sedang terkial-kial nak cabut plaster sekali lagi darah kuar kat wayar.gelabah lagi misi.setelah bertungkus lumus akhirnya berjaya cabut wayar.Alhamdulillah..bunyi2 cengkerik kembali kedengaran memecah kesunyian malam.

Hari selasa pegi klinik cek darah & doktor sahkan tiada denggi.Fuuhh!!selamat.

"jangan kompiden sgt,denggi ni suka main acah2 ngn org,dia lambat serang"
kata abg aku.saja nak gertak aku la tu

Alhamdulillah,aku kembali bekerja hari Khamis w/pun masih pening2 kepala.rajin katekan memang takleh wtpe dah.tup tup hari jumaat nahhhh!!ambik kau..tangan merah2 penuh,kaki bintik2 merah..udah dibilangin aku tak caya..aku tak bagi tau pun kat abg,ala kalau bg tahu pun bukan ada ubat kan denggi..minum air handred pelas bebanyak je.makan ubat..Alhamdulillah hari Selasa dah kurang merah2.

Sampaila ke hari ini keadaan kembali menjadi sediakala dgn burung2 bersorakan kegembiraan,cengkerik bersahutan dimalam hari dan kucing berkejaran sesama sendiri.

Sekian
10

'forever ever town'

Assalamualaikum dan salam sejahtera

seperti yang sedia maklum,sekarang ni aku tidak lagi menetap di ipoh tp telah berubah haluan ke forever town @pekan selama bahasa mudahnya.

2 minggu yg pertama aku menumpg di rumah sepupu.pd minggu y ke-3 aku dh dpt umh sewa dan menetap d situ sehinggalah saat ini.sumpah aku lost kat pekan ni..antaranya

-aku hanya tau beli makan kt SATU kdai
-aku hanya tau topup kt SATU kedai saje y kalo bejalan kaki leh memusnahkn 1/2 kg lemak d bdn

T_T

aktiviti harian(isnin-jumaat)
8.00pg-5.00ptg bkerja dgn rjin
5.00-8.00mlm di rumah berehat,(mandi baring baring baring dan baring smpai bosn)
8.00-11mlm tengok tv,makan,tgk tv balik,tgk hp,msg dgn sume org,tgk tv semula,sembang dgn dinding
11.00 iron baju ,baring baring baring smpai ngntuk
12.00 tidur dgn jayanya

T_T

dahla aku ni jenis pemalu n pndiam.lagi be++++ pndiam la jwbnye kalo dok sini..'sigh'

takpela demi mencari sesuap nasi dan rezeki.aku redha.

sekian
4

taraaaa!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

hai hai..bersiaran dari lokasi baru..meja baru..dan pc baru..hohohoho.. dah 12hari aku di tempat kerja..so far so good la setakat ni..Alhamdulillah..moga berjalan lancar hendaknya sampai bila2..


Rumah pun aku dah bertukar yakni bukan lg di rumah sepupu tetapi di rumah sewa sendri..sekarang ni tengah menanti my "sparrow" dgn penuh sabar..ekekekee.keputusan samada hendak berulang @ tak dari pt buntar ke 'forever town' akan dputus kan kelak.InsyaAllah. tengah mengumpul & menganalisis semua pendapat2.barula senang nk wt keputusan khennn???


Sekian saja tuk kali ini..
12

baru

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mulai 21 March 2011 aku berhadapan dengan perkara-perkara baru

1- tempat BARU

2- rumah BARU

3- kerja BARU

4- kawan BARU

5- suasana BARU

banyakla benda baru bakal menanti nanti..

Mudah-mudahan dipermudahkan dan disenangkan segala urusan.
dalam masa seminggu ni serabut kepala hotak pikir macam2.Arrghhhh!!!!!..
Ya Allah permudahkanlah perjalanan hidupku di dunia dan akhirat...AMIN..




Sekian.

5

terima kasih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

entry khas buat Azren neh..(harus kembang kempis hidung ni)

hahahaha..semalam tengah syok sembang ngn bos ada posmen datang anta barang.Auntie call cakap ada barang tak tahu sape punya.dia suruh aku turun tengok.dalam hati dah dapat detect dah ni mesti brgn iteww la tu.aku pun turun sepantas marion jones,melompat ibarat zaki sadri.

sampai je kat kaunter,brader posmen tu tunjuk bungkusan,

"betul ke?" tanya beliau

"u punya package ke ni?" auntie plak menyampuk

"aha betul la tu." jawabku sambil tersenyum

dalam hati " patut la auntie kompius barang sapa hahahaha"

letak nama glemer.hahahaha


Naik atas terus buka.wahhhhhh!!! suke suke suke..TQSM Az..siap ada kad lagi.kad yg aku kategorikan sebagai terbaekk lah..

kan?..terbaekk betulla,adik giteww.awww

Thank you Az for the present..very very very like it.




2

masalah 1

Surat Pertama
Dear blogger,


kawan-kawan saya selalu ejek2 saya,tpi ejekan mereka sekadar gurauan sahaja pd mereka tpi tidak pada saya.msalah saya sekarang,sy ni susah nak marah2@maki.selalunya saya hanya balas dgn senyuman saja.tpi makin lame makin bedarah rasa hati ni.bagaimanakah caranya sy nk meluahkan rasa isi hati marah sy ni pd mereka supaya mereka fhm yang saya tak suka.tpi dalam masa yg sama saya tak nak mereka benci pada saya.

sekian dr yang bermasalah

JAWAPAN : oh saya selalu ditanya soalan-soalan sebegini.anda seorang yg bagus kerna mempunyai sikap susah nak marah..sakit darah tinggi pun tak datang.begini,ape yg perlu anda lakukan adalah
1) bila mereka mengejek anda terus tampar pp mereka,lepas tu kata "lawak la korang bergurau,sukanya akuuuuu!!!oh aku gurau2 je tampo ko.hihihi"
2)bila ada yg tarik muka, anda tampo2 lagi sambil ckp plak "wei aku gurau jela.jgnla masam2 muka,cube senyum cam aku ni ha....heeeee"

bila ada tindak balas dari mereka seperti "gurau ape tampo2 ni,sakit tau tak..agak2la nk bergurau pun!!"

ahaaaaaa!!! masalah inilah anda memberikan serangan balas yang jitu..okay?faham?

Surat kedua

Dear blogger

saya ada masalah ni,duit ptptn saya masih blum masuk.duit yang mak saya bagi dah nak abis..saya takut nak mintak lagi nnt mak marah.mcm maner caranya saya nak mintak duit dari mak tpi mak tak boleh marah saya.

dari yang kesempitan duit

JAWAPAN : senang saja.anda suruh orang lain mintak kan bagi pihak anda tanpa menyebut nama anda..orang lain yg dimaksudkan adalah spt kakak,abang,adik,sepupu,ayah,anak sedara,bestfren mak @ sape2 saje yang kenal mak anda dan baik dgn mak anda.syaratnya cuma mereka2 ini tidak bleh menyebut nama anda.okay?

Surat ketiga

Dear blogger

saya ada masalah tapi saya tak tahu cmner nk selesaikan masalah saya ni.nk ceritakan masalah tu pun saya tak tahu.mcm maner tu?

dari yg bermasalah

JAWAPAN : jangan cari masalah.okay? so takdela bende nak cite


Surat-surat yang lain akan dibaca & dijawab oleh cik blogger pada masa akan datang yer.

sekian.



2

selingan 2

Dari selingan 1


"pegi kedai jap beli ajinamoto!!"

"tadi kan baru je g kedai,wtpe nak g kedai byk2 kali"

"tak pasan ajinamoto dh abis,nah duit g beli"

"tu jeke?cepat nak beli ape lg?..takder la 2 3x g" sambil merembat duit di atas meja

"tu jee" suara sayup2 di dapur

mengayuhlah basikal menuju ke kedai.dengan muka yang manis dan cute secara tidak ikhlas dia pun membeli ajinamoto dan pulang ke rumah.

"ni ajinamotonya ngn duit balance" meletakkannya di atas meja makan.

lalu masuk ke bilik dan merebahkan badan ke katil dalam cubaan untuk melelapkan mata.selepas beberapa saat memejamkan mata.....









"teett tettt!!!teett teettt!!"

dengan perasaan marah dan menyumpah-nyumpah dalam hati mengambil telefon bimbit dan menekan 'read now'.



keadaan sunyi seketika....


"mak,kunci moto mana?nak g pekan jap"

"kat tiang dekat pintu tu,watpe g pekan tengahari2 memancor mancor ni?"

"ade laaaaa" sambil mengangkat-ngangkat kedua-dua kening.

"belikan topup rm30,dah abis kredit mak"

"okay"


start enjin moto honda 70,lalu beredar dengan sopan santun

********
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back to Top